Judul : Pimpinan AMANAH Bercanggah Dengan Mat Sabu Mengenai Hadi
link : Pimpinan AMANAH Bercanggah Dengan Mat Sabu Mengenai Hadi
Pimpinan AMANAH Bercanggah Dengan Mat Sabu Mengenai Hadi
PETALING JAYA: Sehari selepas kenyataan Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Penasihat Umum Ahmad Awang mempertahankan tindakan presiden PAS hadir di sebuah persidangan perpaduan mazhab di Iran, beberapa pemimpin lain parti itu dilihat membuat pendirian berlawanan.
Malah Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad bercanggah pandangan dengan Mat Sabu, dengan mengkritik kehadiran Hadi pada Muktamar Tahunan Perpaduan Ummah di Tehran yang mengumpulkan pemimpin gerakan Islam, NGO dan aktivis mewakili mazhab Sunni dan Syiah.
“Amanah berpandangan bahawa menghadiri ‘Muktamar Perpaduan Ummah’ dan beramah mesra dengan pimpinan Iran di waktu rakyat Syria khususnya di Aleppo dibunuh adalah satu tindakan yang tidak wajar,” kata Khalid.
Sebelum ini, beberapa pihak mengkritik lawatan Hadi ke Iran, kerana menganggap Tehran bersekongkol dengan regim Bashar Assad dalam konflik di Syria.
Mat Sabu sebelum ini berkata lawatan Hadi itu tidak perlu dikaitkan dengan serangan terkini di Aleppo, yang mengundang kecaman disebabkan kehilangan nyawa orang awam.
Menurut Mat Sabu, persidangan di Tehran itu merupakan rutin tahunan dan diadakan pada setiap bulan Rabiul Awwal sempena sambutan kelahiran Nabi Muhammad.
Sementara itu, Khalid turut mempertikaikan laporan semalam yang memetik Mat Sabu sebagai mempertahankan lawatan Hadi itu yang mengundang kritikan beberapa pihak.
Menurutnya, tidak timbul Mat Sabu membela Hadi, tetapi beliau sekadar menceritakan latar belakang program tersebut.
Konflik Syria yang masuk tahun ke-5 sudah mengorbankan puluhan ribu orang awam, dan turut membabitkan kumpulan yang menaikkan sentimen permazhaban termasuk militan IS.
Susulan kritikan itu, Hadi menjelaskan secara panjang lebar mengenai konflik di Syria, dan menasihati pengkritiknya tidak terpengaruh dengan dakyah di media mahupun media sosial yang cuba memburukkan Iran yang bermazhab Syiah.
“Isu Sunni dan Syiah ditiupkan supaya membakar. Selepasnya beberapa tokoh ulama rasmi dan tidak rasmi mendukung kenyataan yang membakar itu,” kata Hadi.
Sementara itu, pimpinan tertinggi Amanah akan melancarkan tabung kemanusiaan membantu mangsa di Aleppo hari ini. #sumber
Pimpinan AMANAH Bercanggah Dengan Mat Sabu Mengenai Hadi
Sekianlah artikel Pimpinan AMANAH Bercanggah Dengan Mat Sabu Mengenai Hadi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Pimpinan AMANAH Bercanggah Dengan Mat Sabu Mengenai Hadi linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/pimpinan-amanah-bercanggah-dengan-mat.html
0 Response to "Pimpinan AMANAH Bercanggah Dengan Mat Sabu Mengenai Hadi"
Posting Komentar