Judul : Rafizi "Hantar Surat" Ajak Isytihar Harta Pada PM, Menteri Dan Lain-Lain
link : Rafizi "Hantar Surat" Ajak Isytihar Harta Pada PM, Menteri Dan Lain-Lain
Rafizi "Hantar Surat" Ajak Isytihar Harta Pada PM, Menteri Dan Lain-Lain
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli menghantar surat mendesak penjawat awam berpangkat tinggi serta pemimpin BN dan pembangkang yang memegang jawatan awam untuk mengisytiharkan harta mereka.
Rafizi berkata dalam surat itu turut disertakan contoh borang pengisytiharan dan maklum balas untuk dikembalikan kepada Sekretariat Isytihar Harta Penjawat Awam Invoke Malaysia sebelum 20 Januari 2017.
Beliau turut membacakan surat itu yang dialamatkan kepada Datuk Seri Najib Razak, yang disifatkannya sebagai antara “surat cinta” paling panjang pernah dihantarnya kepada perdana menteri.
“Saya menyeru Datuk Seri turut sama menyertai saya dan Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa yang sudah mengisytiharkan harta kami dengan kaedah sama,” katanya ketika membacakan surat itu.
“Terpulang kepada mereka untuk menggunakan contoh borang atau cara sendiri, asalkan ia dibuat dalam bentuk Akuan Berkanun dan memperincikan perbelanjaan, pendapatan, harta dan hutang bagi 2016 dan 2015 agar perbandingan boleh dibuat,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Invoke Malaysia hari ini.
Rafizi berkata pengisytiharan melalui Akuan Berkanun membolehkan tindakan dikenakan terhadap mereka yang menipu dan boleh didakwa di bawah Akta Pengakuan Berkanun 1960.
Tindakan itu susulan kepada pengumuman Rafizi untuk berbuat demikian kerana berdasarkan tinjauannya, 90% rakyat Malaysia setuju jika penjawat awam dan ahli politik mengisytiharkan harta mereka.
Rafizi mengisytiharkan harta buat kali kedua pada 30 November lalu, manakala Mujahid berbuat demikian 9 Disember lalu.
Beliau berkata surat itu juga dihantar kepada semua ahli Parlimen, Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri serta ADUN dan Exco Negeri yang ditadbir Pakatan Harapan (PH) dan PAS.
“Surat ini juga dihantar kepada Ketua Hakim Negara, Hakim Mahkamah Persekutuan, Peguam Negara, Ketua Polis Negara, Panglima Angkatan Tentera, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Ketua Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Pengarah Agensi Perkhidmatan Awam,” katanya.
Katanya, beliau berharap mereka dapat mengembalikan borang maklum balas berkenaan bagi membantu sekretariat mengeluarkan laporan menyenaraikan siapa yang mengisytiharkan harta atau tidak.
“Pada 10 Februari pula, senarai penuh akan disiarkan di laman http://ift.tt/2hlh5Cc bersama pengisytiharan mereka yang menyahut seruan ini,” katanya.
Invoke Malaysia melantik akauntan bertauliah dengan pengalaman 28 tahun, Che Zam Hamzah untuk mengetuai sekretariat dalam kempen itu. #sumber
Rafizi "Hantar Surat" Ajak Isytihar Harta Pada PM, Menteri Dan Lain-Lain
Sekianlah artikel Rafizi "Hantar Surat" Ajak Isytihar Harta Pada PM, Menteri Dan Lain-Lain kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Rafizi "Hantar Surat" Ajak Isytihar Harta Pada PM, Menteri Dan Lain-Lain linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/rafizi-hantar-surat-ajak-isytihar-harta.html
0 Response to "Rafizi "Hantar Surat" Ajak Isytihar Harta Pada PM, Menteri Dan Lain-Lain"
Posting Komentar