Judul : Polis: Tidak Benar Viral Isu Kereta Kabel Genting Highlands Terputus Tali
link : Polis: Tidak Benar Viral Isu Kereta Kabel Genting Highlands Terputus Tali
Polis: Tidak Benar Viral Isu Kereta Kabel Genting Highlands Terputus Tali
Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Mohamad Mansor Mohd Nor ketika dihubungi Bernama berkata, tiada sebarang kejadian sedemikian berlaku di pusat peranginan terkemuka itu.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Morni Mamat turut mengesahkan pihaknya tidak menerima laporan seperti diviralkan di Facebook itu.
“Gambar yang diviralkan itu adalah gambar lama dan bukan kejadian baru,” katanya.
Sejak beberapa hari lalu, tersebar di Facebook dan aplikasi WhatsApp mendakwa terdapat kereta kabel yang terputus tali serta mengorbankan 17 orang.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Zainal Yusoff turut menafikan dakwaan berlaku kejadian tali kereta kabel terputus di Genting Highlands seperti tersebar di Facebook.
Beliau berkata, pihaknya sudah mendapatkan pengesahan daripada pengurusan pusat peranginan itu yang kemudiannya mengesahkan kereta kabel berfungsi dengan baik dan tidak mengalami sebarang masalah.
“Kami berharap orang ramai tidak terpengaruh atau mempercayai berita palsu itu. Kami juga meminta kerjasama masyarakat untuk tidak turut serta menyebarkan berita tidak diketahui sumbernya itu,” katanya semasa dihubungi hari ini.
Zainal berkata, pihaknya juga hairan bagaimana berita itu boleh timbul, namun tidak menolak kemungkinan gambar yang digunakan adalah kejadian di luar negara.
Dakwaan mengenai tali kereta kabel putus itu tersebar di Facebook hari ini menyebabkan APM turut menaikkan status penafian bagi mengelakkan situasi panik.sumber
Polis: Tidak Benar Viral Isu Kereta Kabel Genting Highlands Terputus Tali
Sekianlah artikel Polis: Tidak Benar Viral Isu Kereta Kabel Genting Highlands Terputus Tali kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Polis: Tidak Benar Viral Isu Kereta Kabel Genting Highlands Terputus Tali linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/polis-tidak-benar-viral-isu-kereta.html
0 Response to "Polis: Tidak Benar Viral Isu Kereta Kabel Genting Highlands Terputus Tali"
Posting Komentar