Ideas: Mengapa Felda Bayar Harga Lebih Membeli Syarikat Indonesia

Ideas: Mengapa Felda Bayar Harga Lebih Membeli Syarikat Indonesia - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ideas: Mengapa Felda Bayar Harga Lebih Membeli Syarikat Indonesia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ideas: Mengapa Felda Bayar Harga Lebih Membeli Syarikat Indonesia
link : Ideas: Mengapa Felda Bayar Harga Lebih Membeli Syarikat Indonesia

Baca juga


Ideas: Mengapa Felda Bayar Harga Lebih Membeli Syarikat Indonesia

PETALING JAYA: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) perlu menjelaskan mengapa mereka membayar harga yang tinggi untuk membeli PT Eagle High Plantations.
Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan berkata tumpuan utama ketika ini adalah risiko urus niaga itu kepada pembayar cukai.
“Misteri bagaimana urus niaga itu boleh menaikkan nilai pemegang saham sedangkan Felda nampaknya membayar harga yang tinggi untuk saham Eagle High.
“Felda perlu menjelaskan mengapa mereka bersetuju kepada harga premium itu. Urus niaga itu menimbulkan banyak tanda tanya dan premium itu memburukkan lagi spekulasi yang negatif,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Wan Saiful menambah, oleh kerana Felda adalah syarikat berkaitan kerajaan, pembelian itu tidak boleh diterima sekiranya ia mendedahkan pembayar cukai kepada risiko, atau urus niaga itu ternyata menjadi buruk.
“Sekiranya risiko kepada pembayar cukai boleh dikawal, saya harap urus niaga itu akan menghasilkan sinergi yang Felda mahukan dan menaikkan nilai pemegang saham,” katanya.
Felda semalam mengumumkan pembelian syarikat yang tersenarai di bursa saham Jakarta itu, yang akan memberi akses kepada lebih 320,000 hektar tanah di Indonesia, iaitu 4.4 kali ganda saiz Singapura.
Pembelian 37% kepentingan ekuiti Eagle High itu dibuat pada harga AS$505.4 juta (RM2.26 bilion).
Wan Saiful berkata sekiranya urus niaga itu dibuat pada harga yang tepat, ia akan memberi peluang yang baik kepada Felda untuk mengembangkan perniagaan. #sumber


Ideas: Mengapa Felda Bayar Harga Lebih Membeli Syarikat Indonesia

Sekianlah artikel Ideas: Mengapa Felda Bayar Harga Lebih Membeli Syarikat Indonesia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Ideas: Mengapa Felda Bayar Harga Lebih Membeli Syarikat Indonesia linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/ideas-mengapa-felda-bayar-harga-lebih.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Ideas: Mengapa Felda Bayar Harga Lebih Membeli Syarikat Indonesia"

Posting Komentar