Judul : Polis "Beri Amaran" Supaya Jamal Berhenti Ambil Tindakan Sendiri !
link : Polis "Beri Amaran" Supaya Jamal Berhenti Ambil Tindakan Sendiri !
Polis "Beri Amaran" Supaya Jamal Berhenti Ambil Tindakan Sendiri !
PETALING JAYA: Polis Selangor memberi amaran kepada pemimpin pergerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos kerana mengambil tindakan sendiri terhadap aktiviti haram di Sekinchan, Sabak Bernam.
Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Samah Mat berkata tindakan akan diambil terhadap beliau jika masih meneruskan rancangan meruntuhkan pusat perjudian haram, rumah urut dan pusat karaoke di kawasan itu.
“Jika ada premis haram di kawasannya, maka beliau perlu mematuhi undang-undang dan melaporkan perkara itu dan tidak merobohkan premis,” katanya.
Samah berkata demikian bagi mengulas ancaman Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu untuk merobohkan premis haram jika polis tidak bertindak.
Jamal meminta Majlis Daerah Sabak Bernam mengambil tindakan terhadap pembinaan menyalahi undang-undang di Sekinchan selepas sebahagian presmis Sekin Nelayan Village Hotel & Resort miliknya diroboh dan ditutup kerana beroperasi tanpa lesen.
Beliau berpendapat jika majlis boleh bertindak terhadap premis itu, ia tidak sepatutnya menutup mata kepada “aktiviti haram” lain yang berlaku di kawasan di bawah bidang kuasanya.
Beliau berkata semua orang sama di bawah undang-undang dan perlu dilayan secara adil.
Samah berkata polis akan bertindak jika mereka menerima laporan daripada pemilik premis dirobohkan Jamal.
“Nasihat saya, beliau tidak mengambil sebarang tindakan sendiri, sebaliknya membuat laporan (aktiviti haram) kepada majlis daerah atau polis. Kita akan mengambil tindakan.
“Jika beliau sudah membuat laporan dan majlis gagal bertindak, maka beliau perlu mencari cara lain (mendedahkan aktiviti haram), seperti mengeluarkan kenyataan media.”
Samah berkata kegagalan majlis bertindak tidak memberi Jamal justifikasi untuk bertindak sendiri dan merobohkan premis.
“Beliau tidak mempunyai hak di bawah undang-undang merobohkan premis itu.”
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pembangunan Kampung Baharu dan Pemutihan Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah juga memberi amaran agar Jamal tidak mengambil undang-undang sendiri.
“Jika Jamal mempunyai maklumat mengenai pengusaha haram, beliau perlu serahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan.”
Laporan sebelum ini menyebut Jamal dan penyokongnya menyerbu kedai permainan yang didakwa beroperasi secara haram di daerah ini.
Beliau kemudian membuat laporan polis yang menyaksikan polis menyerbu cawangan beberapa jam kemudian.
Jamal mendakwa 9 cawangan serupa yang dibuka di daerah itu.
Beliau juga berkata menyewa mesin diperlukan untuk merobohkan premis haram. #sumber
Polis "Beri Amaran" Supaya Jamal Berhenti Ambil Tindakan Sendiri !
Sekianlah artikel Polis "Beri Amaran" Supaya Jamal Berhenti Ambil Tindakan Sendiri ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Polis "Beri Amaran" Supaya Jamal Berhenti Ambil Tindakan Sendiri ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/polis-beri-amaran-supaya-jamal-berhenti.html
0 Response to "Polis "Beri Amaran" Supaya Jamal Berhenti Ambil Tindakan Sendiri !"
Posting Komentar