Mahkamah Pulangkan Sementara Pasport Jutawan Kosmetik Dr Vida

Mahkamah Pulangkan Sementara Pasport Jutawan Kosmetik Dr Vida - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahkamah Pulangkan Sementara Pasport Jutawan Kosmetik Dr Vida, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahkamah Pulangkan Sementara Pasport Jutawan Kosmetik Dr Vida
link : Mahkamah Pulangkan Sementara Pasport Jutawan Kosmetik Dr Vida

Baca juga


Mahkamah Pulangkan Sementara Pasport Jutawan Kosmetik Dr Vida

IPOH: Mahkamah Sesyen hari ini membenarkan permohonan jutawan kosmetik, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali Dr Vida untuk mendapatkan sementara pasportnya bagi urusan ke luar negara, termasuk menunaikan umrah.
Hakim Murtazadi Amran bagaimanapun mengarahkan pemilik dan pengasas Vida Beauty Sdn Bhd itu menyerahkan kembali pasportnya kepada mahkamah selewat-lewatnya 6 Februari nanti.
Dalam prosiding sebutan semula kes jutawan kosmetik itu yang menghadapi pertuduhan gagal membayar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) hari ini, peguam Khairilazwar Khalil ketika mengemukakan permohonan itu memaklumkan anak guamnya akan ke Bangkok pada 3 Januari; Guangzhou di China pada 16 hingga 22 Januari serta menunaikan umrah pada 26 Januari hingga 3 Februari.
Sementara itu, mahkamah menetapkan 9 dan 10 Mac depan untuk tarikh perbicaraan bagi 16 pertuduhan gagal membayar GST berjumlah kira-kira RM4.2 juta, selepas Vida mengekalkan pengakuan tidak bersalah.
Jutawan kosmetik itu didakwa melakukan kesalahan itu di Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Bahagian GST, Wisma Kastam, No 1 Jalan Tun Razak sejak April 2015 hingga Julai 2016.
Semasa dihadapkan ke mahkamah pada 13 Oktober lalu, Vida mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu mengikut Seksyen 41 (7) Akta GST 2014 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 3 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Selain Khairilazwar, Vida turut diwakili peguam Ahmad Syed Abas, manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran dan Farah Ezlin Yusop Khan. #sumber


Mahkamah Pulangkan Sementara Pasport Jutawan Kosmetik Dr Vida

Sekianlah artikel Mahkamah Pulangkan Sementara Pasport Jutawan Kosmetik Dr Vida kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Mahkamah Pulangkan Sementara Pasport Jutawan Kosmetik Dr Vida linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/mahkamah-pulangkan-sementara-pasport.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mahkamah Pulangkan Sementara Pasport Jutawan Kosmetik Dr Vida"

Posting Komentar