PM Di Gesa Pertangungjawabkan SPAD Ke Atas Nahas Bas Di Pagoh

PM Di Gesa Pertangungjawabkan SPAD Ke Atas Nahas Bas Di Pagoh - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PM Di Gesa Pertangungjawabkan SPAD Ke Atas Nahas Bas Di Pagoh, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PM Di Gesa Pertangungjawabkan SPAD Ke Atas Nahas Bas Di Pagoh
link : PM Di Gesa Pertangungjawabkan SPAD Ke Atas Nahas Bas Di Pagoh

Baca juga


PM Di Gesa Pertangungjawabkan SPAD Ke Atas Nahas Bas Di Pagoh

PETALING JAYA: Persatuan Pengguna-Pengguna Pengangkutan Awam (4PAM) menggesa Perdana Menteri supaya mempertanggungjawabkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad) ke atas tragedi Pagoh 14.
Nahas itu meragut 14 nyawa dan mencederakan 16 yang lain apabila sebuah bas eskpres terjunam di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Pagoh, Johor, semalam.
Presiden 4PAM Ajit Johl mahu Spad mengemukakan laporan kepada Kementerian Pengangkutan dan satu jawatankuasa pakar yang bebas ditubuhkan bagi memastikan siasatan ke atas nahas itu dijalankan secara telus.
“Suruhanjaya bertanggungjawab untuk mewujudkan persekitaran yang selamat dan stabil untuk pengusaha tanpa menjejaskan keselamatan penumpang. Ia diberi kepercayaan dan kuasa untuk melindungi dan bertanggungjawab ke atas penumpang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata Spad mempunyai garis panduan untuk syarikat bas ekspres.
“Apa jadi dengan kotak hitam yang wajib dimiliki semua bas? Adakah pusat arahan yang kononnya menerima isyarat daripada bas ekspres berfungsi? Semua isu keselamatan itu nampaknya dimungkiri dan oleh itu kita mahu siasatan menyeluruh dilakukan oleh pihak yang bebas.”
Katanya nahas ini bukan kali pertama membabitkan bas ekspres dan pihak bertanggungjawab seolah tidak menanggung akibatnya.
“Ketiadaan tindakan yang cekap, berkesan dan secukupnya yang diambil oleh pihak pengawal selia menunjukkan perkara ini dipandang remeh. Kami harap Pagoh 14 kejadian terakhir para pengarah syarikat bas ekspres terlepas dan kami harap kawal selia yang tegas diwujudkan.”
4PAM juga mahu Spad menyiarkan senarai syarikat bas ekspres, berserta para pengarah dan pemegang saham mereka dengan segera.
“Kami mahu tahu sama ada para pengarah syarikat bas ekspres mempunyai pegangan saham bersilang atau terdapatnya monopoli oleh beberapa syarikat. Rakyat berhak tahu dan menuntut Spad mendedahkan maklumat itu.”
4PAM mengucapkan takziah kepada waris mangsa terkorban dan berharap mangsa yang cedera pulih dengan segera. #sumber


PM Di Gesa Pertangungjawabkan SPAD Ke Atas Nahas Bas Di Pagoh

Sekianlah artikel PM Di Gesa Pertangungjawabkan SPAD Ke Atas Nahas Bas Di Pagoh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca PM Di Gesa Pertangungjawabkan SPAD Ke Atas Nahas Bas Di Pagoh linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/pm-di-gesa-pertangungjawabkan-spad-ke.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PM Di Gesa Pertangungjawabkan SPAD Ke Atas Nahas Bas Di Pagoh"

Posting Komentar