Judul : Perkara 11 bukan tiket sama rata semua agama
link : Perkara 11 bukan tiket sama rata semua agama
Perkara 11 bukan tiket sama rata semua agama
Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan bukan tiket untuk menyamaratakan semua agama di Malaysia termasuk memberi kebebasan kepada orang Islam menukar agamanya sebagaimana yang cuba dilakukan oleh golongan liberal.
Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, pandangan golongan berkenaan sebenarnya tersasar dari kedudukan undang-undang.
Jelasnya, Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan memberi hak kepada semua orang menganut dan mengamalkan agamanya di negara ini.
“Dalam bahasa yang mudah bolehlah dikatakan seorang Islam bebas menganut dan mengamalkan agamanya iaitu agama Islam.
“Begitu juga halnya bagi orang Kristian, Buddha dan Hindu. Perkara 11(1) tersebut bukan tiket bertukar-tukar agama sesuka hati ataupun bebas dari sebarang agama,” katanya dalam tulisan terbaru di Sinar Harian, hari ini.
Bercakap lanjut mengenai pluralisme agama yang semakin menular di Malaysia, beliau berkata, Perkara 3 Perlembagaan memberi keistimewaan kepada Islam yang menjadi agama Persekutuan negara berbanding agama lain.
Justeru kata beliau, tiada istilah sama rata (pluralisme) antara Islam dengan agama-agama lain, dan ia mesti diberi kelebihan yang absah dari sudut undang-undang.
“Namun keistimewaan Islam itu bukanlah bermakna Perlembagaan membenarkan penindasan kepada agama lain.
“Pluralisme agama ini sebenarnya tiada tempat dalam perundangan negara mahupun jurisprudens Islam. Ia mestilah ditolak kerana akan membawa kepada kekucar-kaciran dalam sosiobudaya dan masyarakat Malaysia.
“Orang Islam dan bukan Islam mestilah bersetuju bahawa setiap agama adalah berbeza, tetapi perbezaan ini bukan menjadi punca kepada perpecahan. Perbezaan ini harus dihormati antara satu sama lain,” katanya.
Katanya lagi, jika konsep pluralisme agama ini menjadi norma masyarakat di Malaysia, ia dibimbangi agama dilihat sebagai penghalang kepada kemajuan dan kemakmuran.
“Ini adalah disebabkan seseorang itu bebas bertukar-tukar agama mengikut keselesaan sendiri tanpa berasa berdosa bertukar-tukar agama itu.
“Setelah bertukar-tukar agama akan muncul pula naluri keinginan bebas dari sebarang agama kerana dakwaan agama tidak dapat menyelesaikan kehendak dan naluri seseorang. Akhirnya akan muncul golongan yang tidak beragama.
“Inilah antara bahaya pluralisme agama yang wajib ditolak, bukan sahaja oleh masyarakat Islam tetapi juga seluruh warga negara Malaysia,” katanya
Perkara 11 bukan tiket sama rata semua agama
Sekianlah artikel Perkara 11 bukan tiket sama rata semua agama kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Perkara 11 bukan tiket sama rata semua agama linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/perkara-11-bukan-tiket-sama-rata-semua.html
0 Response to "Perkara 11 bukan tiket sama rata semua agama"
Posting Komentar