Penganalisis Politik: PAU2016, UMNO Tidak Tangani Isu Asas Rakyat

Penganalisis Politik: PAU2016, UMNO Tidak Tangani Isu Asas Rakyat - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penganalisis Politik: PAU2016, UMNO Tidak Tangani Isu Asas Rakyat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penganalisis Politik: PAU2016, UMNO Tidak Tangani Isu Asas Rakyat
link : Penganalisis Politik: PAU2016, UMNO Tidak Tangani Isu Asas Rakyat

Baca juga


Penganalisis Politik: PAU2016, UMNO Tidak Tangani Isu Asas Rakyat

PETALING JAYA: UMNO sepatutnya memberi tumpuan lebih kepada isu yang dihadapi rakyat semasa perhimpunan agungnya baru-baru ini, kata penganalisis politik Universiti Malaya Prof Madya Dr Awang Azman Pawi (foto).
“Ini termasuk usaha konkrit diambil untuk menangani kos sara hidup yang meningkat,” katanya ketika dihubungi mengenai Perhimpunan Agung UMNO 2016 yang berakhir semalam.
Pada perhimpunan itu, presiden parti dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga membayangkan Pilihan Raya Umum ke-14 kemungkinan diadakan lebih awal.
Mengulas mengenai pengumuman semalam, Awang Azman berkata, Umno sepatutnya menggunakan peluang ini untuk mengiktiraf sumbangan rakan di Malaysia Timur ke arah mengukuhkan parti pemerintah Barisan Nasional (BN).
Katanya, parti seperti Parti Rakyat Sabah (PRS) dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) memainkan peranan penting dalam memperkukuh bank undi BN.
“Tanpa faktor Sabah dan Sarawak, ia adalah mustahil bagi BN untuk menang dalam pilihan raya akan datang,” kata beliau.
Beliau juga menyatakan perwakilan perhimpunan menghantar mesej jelas yang mereka mesti bersatu sebagai sebuah gabungan untuk menghadapi pilihan raya akan datang.
“Mudah-mudahan, (perwakilan dalam) perhimpunan agung akan mempertahankan Umno dan memperoleh kemenangan (untuk parti) pada PRU14.”
Awang Azman juga berkata parti komponen BN sepatutnya mengambil pendekatan “berenang atau tenggelam bersama-sama” memandangkan pilihan raya akan menjelang tiba dan menambah, “Mereka (Umno) tidak sepatutnya membangkitkan kelemahan parti komponen dan pembangkang.”
Bagaimanapun, Awang Azman berkata perhimpunan agung itu mengesahkan kedudukan Najib sebagai presiden parti walaupun menerima kritikan pedas daripada lawan politiknya.
“Adalah jelas kedudukan Najib sebagai presiden Umno semakin kuat dalam parti meskipun berdepan pelbagai serangan dari luar.” #sumber


Penganalisis Politik: PAU2016, UMNO Tidak Tangani Isu Asas Rakyat

Sekianlah artikel Penganalisis Politik: PAU2016, UMNO Tidak Tangani Isu Asas Rakyat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Penganalisis Politik: PAU2016, UMNO Tidak Tangani Isu Asas Rakyat linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/penganalisis-politik-pau2016-umno-tidak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Penganalisis Politik: PAU2016, UMNO Tidak Tangani Isu Asas Rakyat"

Posting Komentar