Judul : Pemandu Grabcar tunjuk kemaluan pada penumpang mengaku tidak bersalah
link : Pemandu Grabcar tunjuk kemaluan pada penumpang mengaku tidak bersalah
Pemandu Grabcar tunjuk kemaluan pada penumpang mengaku tidak bersalah
ANTARAPOS.COMKUALA LUMPUR: Seorang pemandu perkhidmatan GrabCar yang menunjukkan kemaluan kepada seorang penumpang wanita awal November lalu didakwa di Mahkamah Majistret di Petaling Jaya, hari ini.
M. Vijayakumar, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Salamiah Hassan.
Dia yang merupakan seorang jurutera didakwa telah mengganggu kesantunan dengan cara menunjukkan kemaluan kepada penumpang wanita berumur 20 tahun itu di dalam sebuah kereta jenis Nissan di Lebuhraya New Klang Valley Expressway (NKVE), Kota Damansara, di sini pada 12 tengah hari, 5 November lalu.
Perbuatannya itu tersiar viral di laman sosial.
Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Nadiah Malek Fauzie menawarkan jaminan sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin manakala M. Vijayakumar yang diwakili peguam Mohd Shazwan Mohd Hassan memohon mahkamah mengenakan jaminan yang minimum.
Salamiah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu sekiranya terdapat laporan polis mengenai salah laku kesantunan terhadap tertuduh sepanjang kes, jaminan terhadapnya akan dibatalkan serta merta.
Mahkamah menetapkan 13 Jan depan untuk sebutan semula kes.
Pemandu Grabcar tunjuk kemaluan pada penumpang mengaku tidak bersalah
Sekianlah artikel Pemandu Grabcar tunjuk kemaluan pada penumpang mengaku tidak bersalah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Pemandu Grabcar tunjuk kemaluan pada penumpang mengaku tidak bersalah linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/pemandu-grabcar-tunjuk-kemaluan-pada.html
0 Response to "Pemandu Grabcar tunjuk kemaluan pada penumpang mengaku tidak bersalah"
Posting Komentar