PAS Makin Terpinggir.. Ini Buktinya

PAS Makin Terpinggir.. Ini Buktinya - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS Makin Terpinggir.. Ini Buktinya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS Makin Terpinggir.. Ini Buktinya
link : PAS Makin Terpinggir.. Ini Buktinya

Baca juga


PAS Makin Terpinggir.. Ini Buktinya

PAS Makin Terpinggir.. Ini Buktinya. Pas kini semakin terpinggir dari arus perdana politik tanah air manakala ahlinya pula keliru dengan apa yang hendak dibawa oleh pimpinan parti itu, kata penganalisis politik.

Menurut kajian lapangan yang dibuat oleh Ilham Centre, ahli Pas tidak tahu ke mana hala tuju Pas sebenarnya menjelang pilihan raya umum akan datang, samada akan bersama dengan Barisan Nasional (BN) atau pembangkang.

Pengerusi Eksekutif badan kajian bebas itu, Hisomuddin Bakar (gambar) berkata, kebanyakan ahli bawahan Pas tidak setuju dengan pendekatan kepimpinan parti itu yang dilihat sukar untuk bekerjasama dengan parti pembangkang yang lain apatah lagi mahu bekerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN).

PAS Makin Terpinggir.. Ini Buktinya. "Ahli bawah yakin, suasana tidak akan memihak mereka jika berlaku pertandingan tiga penjuru dan mereka lebih setuju dielakkan perkara itu dengan memastikan berlakunya pertandingan dua penjuru pembangkang melawan BN," katanya.

Tetapi katanya, dasar yang dibuat oleh Pas untuk tidak mahu sekali-kali bekerjasama dengan DAP dan Amanah menyusahkan Pas sendiri.

"Tindakan pimpinan Pas meletakkan dasar tidak akan sekali-kali bekerjasama dengan DAP dan Amanah dari awal-awal lagi bagi saya adalah satu kesilapan.

"Ini kerana, politik ini adalah serba mungkin. Apabila sudah dijadikan dasar tidak akan bekerjasama dengan DAP dan Amanah, ia menyebabkan pergerakan Pas akan terhad dan terkongkong dengan perkara ini.

"Jika tiba-tiba boleh pula bekerjasama dengan kedua-duanya, Pas akan dilihat tidak ada pendirian pula," kata Hisomuddin.

PAS Makin Terpinggir.. Ini Buktinya


Bagi beliau, pendekatan Pas untuk hanya bekerjasama dengan PKR dan Bersatu ketika tidak mahu dilihat bekerjasama dengan rakan kedua-duanya iaitu DAP dan Amanah menyulitkan kedudukan Pas sendiri.

"Ahli biasa Pas atau mana-mana pendokong parti politik lebih senang berfikiran mudah dan jelas bukan berliku-liku," katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau menjangka kumpulan yang keliru ini akan bila-bila masa boleh menyertai Amanah jika dilihat parti baru saingan Pas itu lebih jelas tindakan mereka.

"Pas boleh kehilangan ahli yang kritikal semacam ini jika terus bersikap begini," kata Hisomuddin.

Menurut Hisomuddin, mesej yang dihantar oleh Pas kepada ahli dan penyokongnya juga mengelirukan.

"Ketika orang nombor satu Pas dan penyokong tegarnya dilihat mendekati pemimpin Umno, orang nombor dua pula dilihat menjauhi dari Umno dan mahu mendekati parti pembangkang yang lain.

"Namun mesej orang nombor dua juga dilihat terkongkong kerana dasar tidak mahu bekerjasama dengan DAP dan Amanah ini.

"Jadi dari hari ke hari Pas dilihat semakin terpinggir dari arus perdana politik tanah air dan ahlinya terus keliru," katanya.

PAS Makin Terpinggir.. Ini Buktinya



Seorang lagi pengkaji politik, Dr Bridget Welsh (gambar) berkata, kekeliruan ahli Pas bertambah dengan isu pemergian presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke Iran ketika negara itu dikaitkan dengan serangan terhadap rakyat Syria di Aleppo.

"Saya rasa Hadi kini bermasalah dengan penyokong tegarnya dalam parti yang selama ini anti Syiah dan NGO konservatif yang selama ini menyokong parti itu," kata saintis politik itu.

Sebelum ini, Penasihat Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad turut mendakwa Pas sebuah parti yang keliru.

Namun pandangan ini disanggah oleh ahli parlimen Pas dari Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.

Bagi beliau Pas tidak keliru kerana sejak dari awal lagi sudah dinyatakan oleh pimpinan Pas mereka mahu bersama blok ketiga bukan kumpulan besar pembangkang atau Barisan Nasional.

PAS Makin Terpinggir.. Ini Buktinya. "Yang keliru adalah parti dalam Pakatan Harapan dan Bersatu yang masih dok harap Pas akan bersama mereka," kata Mahfuz. - md





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image






PAS Makin Terpinggir.. Ini Buktinya

Sekianlah artikel PAS Makin Terpinggir.. Ini Buktinya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca PAS Makin Terpinggir.. Ini Buktinya linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/pas-makin-terpinggir-ini-buktinya.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PAS Makin Terpinggir.. Ini Buktinya"

Posting Komentar