Naib Presiden PAS 'tibai' pengkritik Himpunan Rohingya

Naib Presiden PAS 'tibai' pengkritik Himpunan Rohingya - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Naib Presiden PAS 'tibai' pengkritik Himpunan Rohingya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Naib Presiden PAS 'tibai' pengkritik Himpunan Rohingya
link : Naib Presiden PAS 'tibai' pengkritik Himpunan Rohingya

Baca juga


Naib Presiden PAS 'tibai' pengkritik Himpunan Rohingya

Rupanya ada yang diam-diam 'makan hati' melihat pemimpin UMNO dan PAS sepentas Ahad lalu.

Rata-ratanya penyokong DAP dan Pakatan Harapan yang melihat Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya itu ada agenda politik tersirat antara UMNO dan PAS.

Pendek kata, apa saja tak kena pada pandangan mereka.

Sebab itu Naib Presiden PAS, Idris Ahmad meyindir golongan yang tak puas hati ini.

“Yang berucap itu pemimpin PAS, kalau pemimpin mereka ok. Kalau yang mereka suka, buatlah macam mana pun akan di “taqdiskan” (disucikan)”

Kata beliau, penyokong Pakatan Harapan terbabit dinasihati supaya memahami dengan kaca mata Islam dan bukannya emosi dengan merujuk kepada Al-Quran, Sunnah, Sirah kerana PAS boleh berada satu pentas dengan UMNO demi Islam.

“Apa masalahnya Presiden PAS hadir himpunan solidariti untuk Rohingya. Ada yang kata munafik kepada PAS. Macam-macam lagi gelaran yang digelar. Kamu boleh gelarlah macam-macam gelaran sementara kamu boleh tulis dan kata. Tulis jangan tak tulis. Kata jangan tak kata. Spin jangan tak spin.

“Ada yang tafsir ayat “Jangan kamu cenderung dengan kezaliman”. Seolah-olah Abdul Hadi sokong orang zalim. Salah kerana Abdul Hadi duduk sebaris dengan Perdana Menteri nanti akan disambar oleh api neraka. Biarlah orang menilai dengan tulisan mereka. Biarlah orang menilai tafsiran ayat quran mereka. Baru orang tahu tahap ilmu mereka dan dendam kesumat mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Idris seterusnya bertanya kepada penyokong Pakatan Harapan adakah Presiden PAS meminta projek kepada Presiden UMNO dalam ucapannya, adakah beliau membaca ayat Al-Quran yang tidak betul atau adakah Abdul Hadi berucap menyebut fakta yuang tidak betul.

“Adakah salah untuk bekerjasama isu kemanusiaan? Adakah ia salah dari segi agama? Adakah salah Abdul Hadi menggunakan platform himpunan itu membaca ayat Al-Quran di hadapan pemimpin UMNO? Adakah Abdul Hadi minta supaya bangkit menentang syariat Allah,” soalnya lagi.


Naib Presiden PAS 'tibai' pengkritik Himpunan Rohingya

Sekianlah artikel Naib Presiden PAS 'tibai' pengkritik Himpunan Rohingya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Naib Presiden PAS 'tibai' pengkritik Himpunan Rohingya linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/naib-presiden-pas-tibai-pengkritik.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Naib Presiden PAS 'tibai' pengkritik Himpunan Rohingya"

Posting Komentar