MP DAP pengurus pasukan bolasepak Pulau Pinang...Tak Layak Lah Mamat Ini Jadi PEngurus Bolasepak

MP DAP pengurus pasukan bolasepak Pulau Pinang...Tak Layak Lah Mamat Ini Jadi PEngurus Bolasepak - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MP DAP pengurus pasukan bolasepak Pulau Pinang...Tak Layak Lah Mamat Ini Jadi PEngurus Bolasepak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MP DAP pengurus pasukan bolasepak Pulau Pinang...Tak Layak Lah Mamat Ini Jadi PEngurus Bolasepak
link : MP DAP pengurus pasukan bolasepak Pulau Pinang...Tak Layak Lah Mamat Ini Jadi PEngurus Bolasepak

Baca juga


MP DAP pengurus pasukan bolasepak Pulau Pinang...Tak Layak Lah Mamat Ini Jadi PEngurus Bolasepak

Sikit-sikit dia masuk... tempat yang dulu untuk orang PKR kini mula dikuasai oleh ahli-ahli DAP, yang terbaru, MP Bukit Bendera Zairil Khir Johari secara rasmi diumum pengurus baharu pasukan bola sepak Pulau Pinang, walaupun digambarkan kurang minat dengan bolasepak.

Tugas yang bakal digalas Zairil bukan sahaja mencabar, tetapi dilihat amat berat dalam membangunkan pasukan yang hampir tersingkir ke Liga Perdana selepas mengharungi saingan Liga Super musim ini, dengan prestasi hambar.

Bukan itu sahaja, ramai kalangan penyokong tegar dan pegawai pengurusan pasukan Harimau Kumbang dikatakan tidak bersetuju dengan pelantikan itu kerana secara tidak langsung menunjukkan penglibatan politik dalam arena bola sepak negeri.

Zairil, yang meletak jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Penang Institute, badan pemikir kerajaan DAP Pulau Pinang, berjanji akan meletakkan fokusnya kepada pembangunan bola sepak dan memberi jaminan tidak akan berlaku pencampuran politik.

"Sudah tiga kali saya dipelawa untuk menjadi sebahagian daripada FAP (Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang) dan tahun ini saya membuat keputusan untuk menerima tugas ini. Saya tahu ia tanggungjawab yang besar untuk saya," katanya.

Zairil berkata tugas utama beliau ialah mencari jurulatih bagi menggantikan Nenad Bacina yang telah tamat kontrak dan untuk itu bekas pemain Sheffield Wednesday, Ashley Westwood menjadi pilihan sebagai ketua jurulatih pasukan Harimau Kumbang.

Menegaskan beliau tidak akan masuk campur dalam urusan taktikal pasukan dan menyerahkan segalanya kepada Westwood, Zairil berkata beliau hanya akan menjaga bahagian pengurusan.

"Saya akui pengalaman saya bukan berlatarkan sukan bola sepak, namun saya mempunyai pengalaman dalam bidang pengurusan. Saya yakin saya mampu lakukannya,"katanya.

Bernama melaporkan tamparan pertama yang diterimanya ialah peletakan jawatan penolong pengurus pasukan Pulau Pinang, Mohamad Nazim Ariff Nazir Ariff berkuat kuasa semalam.

"Saya merasakan kehadiran saya sebagai penolong pengurus pasukan tidak diperlukan lagi kerana sehingga hari ini saya tidak dipanggil langsung untuk berbincang mengenai hala tuju pasukan untuk musim depan," kata Nazim Ariff dalam surat peletakan jawatannya.

Beliau juga berkata meskipun pelbagai soalan diajukan kepada pihak pengurusan baharu, tiada sebarang maklum balas diberikan dan beliau juga tidak dipanggil untuk hadir bersama pada sidang media khas FAP, Isnin lepas.

Nazim Ariff ketika dihubungi meluahkan rasa kecewanya terhadap pengurusan baharu FAP kerana sehingga kini belum ada pemain yang dibawa masuk untuk memantapkan pasukan.

"Ia amat mengecewakan kerana saya sudah ada senarai pemain tempatan yang mampu membawa kejayaan kepada Pulau Pinang dan memberi saingan kepada pasukan lain. Antaranya, Nazrin Nawi, Ronny Harun, Al Hafiz dan Nurridzuan Abu Hassantetapi semua itu disia-siakan oleh FAP kerana lambat bertindak," katanya.

Pulau Pinang kini mempunyai 16 pemain dan kuota untuk tiga pemain import yang dikosongkan Ranti Martins, Jeong Seok Min dan Mathias Cordoba sehingga kini, belum diisi.

Mengenai bajet untuk memulakan saingan Liga Super musim hadapan, pasukan Harimau Kumbang kini hanya mempunyai RM8 juta yang merupakan dana daripada kerajaan negeri dan menurut Zairil, dana itu akan ditambah dari semasa ke semasa berdasarkan prestasi pasukan.

Bagi sebuah kelab Liga Super, dana sebanyak RM8 juta adalah tidak mencukupi kerana pelbagai aspek perlu dilihat dan banyak perkara perlu dilaksanakan.

"Bajet RM8 juta sememangnya tidak mencukupi. FAP perlu mencari dana tambahansekiranya ingin mengelak sebarang masalah kewangan pada musim akan datang," kata Nazim Ariff.


MP DAP pengurus pasukan bolasepak Pulau Pinang...Tak Layak Lah Mamat Ini Jadi PEngurus Bolasepak

Sekianlah artikel MP DAP pengurus pasukan bolasepak Pulau Pinang...Tak Layak Lah Mamat Ini Jadi PEngurus Bolasepak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca MP DAP pengurus pasukan bolasepak Pulau Pinang...Tak Layak Lah Mamat Ini Jadi PEngurus Bolasepak linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/mp-dap-pengurus-pasukan-bolasepak-pulau.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "MP DAP pengurus pasukan bolasepak Pulau Pinang...Tak Layak Lah Mamat Ini Jadi PEngurus Bolasepak"

Posting Komentar