Kerajaan Persekutuan ambil alih usul RUU 355...Syabas Pemimpinan Najib

Kerajaan Persekutuan ambil alih usul RUU 355...Syabas Pemimpinan Najib - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerajaan Persekutuan ambil alih usul RUU 355...Syabas Pemimpinan Najib, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan Persekutuan ambil alih usul RUU 355...Syabas Pemimpinan Najib
link : Kerajaan Persekutuan ambil alih usul RUU 355...Syabas Pemimpinan Najib

Baca juga


Kerajaan Persekutuan ambil alih usul RUU 355...Syabas Pemimpinan Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberitahu kerajaan Persekutuan akan mengambil alih usul persendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang iaitu pindaan Rang Undang-Undang 355, berkaitan Akta Mahkamah Syariah, Bidang Kuasa Jenayah 1965.

Berucap ketika merasmikan Perhimpunan Agung UMNO, Najib berkata kerajaan yang dipimpin UMNO telah membuat satu ketetapan bersejarah, apabila pada 24 November 2016 yang lalu, setelah dirunding bersama rakan-rakan dari parti PAS, maka pindaan tersebut telah dibacakan.

"Saya pinta, janganlah sesiapa mempolitikkan isu ini kerana, ia adalah satu usul persendirian yang kemudiannya akan diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan.

"Kepada yang bukan beragama Islam, usahlah bimbang, kerana tidak akan tertakluk di bawahnya dan Kerajaan sedang mengkaji dengan halus agar tidak berlakunya unsur penghukuman dualisme,"kata beliau.

Sebelum ini Presiden MCA mengatakan mereka tidak menyokong RUU 355 kerana dibentangkan Haji Hadi, bukannya kerajaan.

Sementara itu, atas nama perpaduan ummah, UMNO mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat dari parti PAS, kerana matang dalam berpolitik.

"Inilah masanya. Inilah saat dan ketika yang dinantikan bersama, satu perpaduan ummah mulia yang ditunggu-tunggu sejak sekian lama. Allahu Akbar! Allahu Akbar!,"kata Najib.

Ahad ini, sejarah akan terlakar lagi apabila Najib akan berkongsi pentas dengan Haji Hadi pada satu perhimpunan besar-besaran bagi menyatakan pendirian tegas rakyat terhadap kezaliman, kekejaman dan penindasan ke atas etnik Rohingya di Myanmar.

Presiden UMNO itu berkata, kesepakatan bersama Presiden PAS itu atas nama perpaduan umat Melayu dan ummah dengan melupakan sengketa dan perbezaan khususnya demi kepentingan sejagat.

"Mutakhir, UMNO melahirkan rasa simpati yang mendalam dan mengutuk sekeras-kerasnya segala kezaliman, kekejaman dan penindasan yang berlaku ke atas saudara seIslam kita, orang Rohingya di Myanmar.

"Berkait ini, kerajaan pimpinan UMNO akan membantu sedaya mungkin supaya pihak yang terbabit menghentikan penganiayaan kemanusiaan ini, malah Ahad ini saya akan hadir mewakili UMNO pada satu perhimpunan besar-besaran bersama Presiden PAS dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menyatakan pendirian kita yang amat tegas

"Cukup-cukuplah sejarah mengajar kita bahawa, umat Melayu Islam dan ummah berkali-kali lumpuh dan runtuh hanya kerana permusuhan dan pembelotan. Hatta, janganlah kita diperkudakan oleh pihak tertentu, kelak menang sorak kampung tergadai," katanya.


Kerajaan Persekutuan ambil alih usul RUU 355...Syabas Pemimpinan Najib

Sekianlah artikel Kerajaan Persekutuan ambil alih usul RUU 355...Syabas Pemimpinan Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Kerajaan Persekutuan ambil alih usul RUU 355...Syabas Pemimpinan Najib linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/kerajaan-persekutuan-ambil-alih-usul.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kerajaan Persekutuan ambil alih usul RUU 355...Syabas Pemimpinan Najib"

Posting Komentar