Melayu hilang kuasa jika DAP memerintah, akui bekas Naib Presiden DAP

Melayu hilang kuasa jika DAP memerintah, akui bekas Naib Presiden DAP - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Melayu hilang kuasa jika DAP memerintah, akui bekas Naib Presiden DAP, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Melayu hilang kuasa jika DAP memerintah, akui bekas Naib Presiden DAP
link : Melayu hilang kuasa jika DAP memerintah, akui bekas Naib Presiden DAP

Baca juga


Melayu hilang kuasa jika DAP memerintah, akui bekas Naib Presiden DAP

SHAH ALAM: Bekas pemimpin DAP, Zulkifli Mohd. Noor berkata orang Melayu akan hilang hak dan keistimewaan sekiranya Pakatan Harapan (PH) yang didominasi DAP diberi kuasa mentadbir negara pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang.

Katanya, DAP sememangnya akan mengepikan hak-hak yang dinikmati orang Melayu kini berdasarkan kepada perjuangan liberalisme melampau dan fahaman sekular yang dicerminkan oleh parti cauvinis itu.

"Jangan kata kalau kaum Cina memerintah, kaum Melayu tidak akan hilang kuasa. Kita tanya pulak mereka siapa yang kuasai perniagaan di negara ini. Kalau mereka boleh kuasai ekonomi di negara ini, kenapa tidak boleh kuasai politik? Ini persoalannya," katanya kepada Antarapos.

Zulkifli merujuk kepada kenyataan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak yang berkata sekiranya negara ini jatuh ke tangan DAP pastinya hak dan keistimewaan Melayu yang diperjuang serta dipertahankan oleh Umno akan terhapus dan lenyap.

Malah institusi Bumiputera antaranya MARA, FELDA, RISDA, FELCRA dan TERAJU yang dibina khusus untuk kaum Melayu akan turut menerima kesan yang sama.

Zulkifli yang juga Presiden Parti Alternatif Rakyat (PAP) menerima baik, pendirian Najib yang tidak akan kompromi dengan sesiapa sahaja yang akan cuba untuk menimbulkan kacau ganggu hak orang Melayu.

"Kalau Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyatakan bahawa dia tidak akan membenarkan sesiapa sahaja soal hak dan keistimewaan kaum Melayu dan Bumiputera, ia adalah betul. Apa yang beliau katakan itu merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan yang dikatakan itu adalah berpandukan kepada itu," ujar Zulkifli.

Semalam, Najib dalam ucapan Dasar Presidennya memberi amaran kepada perwakilan bahawa DAP akan memusnahkan hak Bumiputera dan institusi yang dikhaskan untuk komuniti itu jika ia berkuasa.

Malah Najib mengingatkan orang Melayu dan Bumiputera supaya mendalami kesan buruk yang bakal melanda jika DAP mengambil alih kepemimpinan negara.

Justeru, katanya, orang Melayu wajar berpaut seteguh-teguhnya kepada Umno sebagai satu-satunya parti yang mampu membela nasib anak cucu keturunan, selain memperjuangkan masa depan mereka.

"Kumpulan minoriti ini jangan cuba untuk memerintah kumpulan majoriti, (negara ini) akan sentiasa diperintah oleh kaum majoriti walaupun di Pulau Pinang diperintah oleh DAP. Kesudahannya akan tunggu masa sahaja Pulau Pinang ini akan diambil alih oleh kesemua kaum di negara ini," jelas Zulkifli lagi.


Melayu hilang kuasa jika DAP memerintah, akui bekas Naib Presiden DAP

Sekianlah artikel Melayu hilang kuasa jika DAP memerintah, akui bekas Naib Presiden DAP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Melayu hilang kuasa jika DAP memerintah, akui bekas Naib Presiden DAP linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/melayu-hilang-kuasa-jika-dap-memerintah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Melayu hilang kuasa jika DAP memerintah, akui bekas Naib Presiden DAP"

Posting Komentar