Judul : Mahkamah Rayuan "Bebaskan" Safwan Anang Daripada Tuduhan Menghasut
link : Mahkamah Rayuan "Bebaskan" Safwan Anang Daripada Tuduhan Menghasut
Mahkamah Rayuan "Bebaskan" Safwan Anang Daripada Tuduhan Menghasut
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini membebaskan bekas aktivis pelajar Muhammad Safwan Anang daripada tuduhan menghasut di mana beliau didakwa mengajak masyarakat umum menggulingkan kerajaan menerusi protes jalanan, tiga tahun lalu.
Hakim Datuk Prasad Sandosham Abraham ketika menyampaikan penghakiman berkata kenyataan itu tidak mempunyai kecenderungan menghasut.
“Selepas meneliti sendiri kenyataan itu, kami berpuas hati ia tidak mengandungi kecenderungan hasutan.
“Maka, pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap perayu (Safwan) di Mahkamah Sesyen dan oleh itu patut dibebaskan,” katanya.
Prasad berkata mahkamah perlu meneliti dan menilai kenyataan itu secara bebas untuk melihat sama ada bahasa yang digunakan terikat dengan unsur hasutan atau kebebasan bersuara.
“Kegagalan berbuat begitu oleh mahkamah, pada pandangan kami, menjadi salah arah yang serius dalam undang-undang di mana membawa kepada sabitan yang tidak selamat,” katanya.
Sehubungan itu, hakim berkata sabitan di mahkamah perbicaraan dan kemudian ke Mahkamah Tinggi diketepikan.
Beliau juga menolak rayuan balas kerajaan untuk menambah hukuman terhadap Safwan.
Safwan didakwa membuat ucapan berunsur hasutan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor pada 13 Mei 2013, kerana menghasut orang ramai untuk menggulingkan kerajaan menerusi perhimpunan dan protes jalanan.
Ucapan itu dibuat seminggu selepas Pilihan Raya Umum ke-13, ketika protes berlaku di seluruh negara membantah BN yang dikatakan menang dalam pilihan raya tidak adil.
Pada 2014, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan dan denda RM5,000 terhadapnya selepas didapati bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948.
Panel hakim Mahkamah Rayuan yang dianggotai Datuk Mohtaruddin Baki, Datuk Seri Zakaria Sam dan Prasad mendengar rayuan Safwan dan kerajaan pada Julai. #sumber
Mahkamah Rayuan "Bebaskan" Safwan Anang Daripada Tuduhan Menghasut
Sekianlah artikel Mahkamah Rayuan "Bebaskan" Safwan Anang Daripada Tuduhan Menghasut kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Mahkamah Rayuan "Bebaskan" Safwan Anang Daripada Tuduhan Menghasut linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/mahkamah-rayuan-bebaskan-safwan-anang.html
0 Response to "Mahkamah Rayuan "Bebaskan" Safwan Anang Daripada Tuduhan Menghasut"
Posting Komentar