Judul : Hadi: PAS Tidak Tertakluk Kepada "Perjanjian" Pilihan Raya Dengan Parti Lain
link : Hadi: PAS Tidak Tertakluk Kepada "Perjanjian" Pilihan Raya Dengan Parti Lain
Hadi: PAS Tidak Tertakluk Kepada "Perjanjian" Pilihan Raya Dengan Parti Lain
PETALING JAYA: Gerak PAS menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 tidak tertakluk kepada perjanjian pilihan raya dengan parti lain, kata Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Sebaliknya strategi PAS berhubung pemilihan kerusi pilihan raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bergantung kepada kekuatan parti di kawasan berkenaan.
“Keputusan di kawasan mana PAS bertanding, samada 2 penjuru, 3 penjuru atau lebih, siapa dan bagaimana akan bertanding adalah akan mengikut maklumat kajian dan analisanya.
“Selain, pertimbangan keperluan dan kekuatan jentera PAS di setiap kedudukan kawasan pilihanraya berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata demikian selepas Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) membentuk satu pakatan pilihan raya bagi memastikan pertandingan 1 lawan 1 melawan Barisan Nasional.
Ia antara lain bagi mengelakkan perpecahan undi pembangkang.
PAS mengekalkan kerjasama dengan PKR, didekati PPBM, dan memusuhi DAP dan Amanah yang merupakan komponen Pakatan Harapan.
Keengganan bekerjasama dengan PH menyebabkan parti Islam itu didakwa menerima habuan “dedak” – istilah yang dikaitkan dengan rasuah – dan tidak lagi berminat menukar kerajaan BN.
“PAS tidak melatah di atas persepsi karut sedemikian, apatah lagi melayan provokasi pelampau media sosial dan parti lawan yang saban waktu memesongkan berita mengenai PAS,” kata Hadi. #sumber
Hadi: PAS Tidak Tertakluk Kepada "Perjanjian" Pilihan Raya Dengan Parti Lain
Sekianlah artikel Hadi: PAS Tidak Tertakluk Kepada "Perjanjian" Pilihan Raya Dengan Parti Lain kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Hadi: PAS Tidak Tertakluk Kepada "Perjanjian" Pilihan Raya Dengan Parti Lain linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/hadi-pas-tidak-tertakluk-kepada.html
0 Response to "Hadi: PAS Tidak Tertakluk Kepada "Perjanjian" Pilihan Raya Dengan Parti Lain"
Posting Komentar