Mahathir Persoal, Mengapa Hanya Beliau "Di Labelkan Pengkhianat" !

Mahathir Persoal, Mengapa Hanya Beliau "Di Labelkan Pengkhianat" ! - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahathir Persoal, Mengapa Hanya Beliau "Di Labelkan Pengkhianat" !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahathir Persoal, Mengapa Hanya Beliau "Di Labelkan Pengkhianat" !
link : Mahathir Persoal, Mengapa Hanya Beliau "Di Labelkan Pengkhianat" !

Baca juga


Mahathir Persoal, Mengapa Hanya Beliau "Di Labelkan Pengkhianat" !

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad malam tadi mempersoalkan mengapa hanya beliau dilabe sebagai pengkhianat kerana bekerjasama dengan pembangkang bagi mendapatkan kuasa sedangkan terdapat pemimpin Umno melakukan perkara sama.
Bercakap pada ceramah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Pasir Gudang, Johor, malam tadi, Dr Mahathir berkata pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar, dan bekas perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman, juga pernah bekerja dengan pembangkang untuk memenangi kuasa.
“Saya tidak ingat Tunku dipanggil pengkhianat, tetapi Najib menuduh saya itu,” kata Dr Mahathir, presiden Umno yang paling lama berkhidmat, kepada hadirin.
Ucapan beliau malam tadi dimuat naik di Facebook Kelab Che Det.
Pada Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini, Najib berulang kali memanggil Dr Mahathir, kini pengerusi PPBM, pengkhianat kerana bekerjasama dengan DAP, parti dominan Cina.
Beliau berkata Onn Jaafar meninggalkan Umno dan menubuhkan Parti Negara dan Parti Kemerdekaan Malaya untuk mencabar gabungan Perikatan, manakala Tunku, juga bekas presiden Umno, bekerja dengan pembangkang pada pilihan raya umum 1990.
“Beliau juga bekerja dengan DAP tetapi saya tidak melabelkan beliau pengkhianat,” kata Dr Mahathir sambil menunjukkan keratan akhbar dan gambar mendiang Karpal Singh, Lim Kit Siang bersama Tunku.
Beliau berkata, bekas presiden Semangat 46 Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah bekerjasama dengan DAP dan PAS selepas Umno lama diharamkan dan parti baru ditubuhkan pada 1988.
Dr Mahathir berkata, malah bekas timbalan perdana menteri dan timbalan presiden partinya Tun Musa Hitam menolak menyertai Umno baru.
“Saya terpaksa memberikan jawatan menteri dan menghantar beliau ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai wakil khas kami,” kata beliau sambil memberitahu bagaimana beliau melayan “pengkhianat”.
Dr Mahathir berkata tanggapan orang Melayu akan kehilangan kuasa jika Barisan Nasional yang diterajui Umno dikalahkan dalam pilihan raya umum dan Cina akan menjadi perdana menteri adalah salah.
“Orang Cina adalah minoriti melainkan jika Umno mahu memberikan kedudukan itu,” katanya.
Katanya PPBM juga ada untuk membela nasib orang Melayu walaupun ia membenarkan bukan Melayu menyertai sebagai ahli pakatan.
“Ia adalah Najib dan Umno yang mengkhianati orang Melayu,” katanya, sambil menambah PPBM mampu menjadi pengganti kepada Umno.


Mahathir Persoal, Mengapa Hanya Beliau "Di Labelkan Pengkhianat" !

Sekianlah artikel Mahathir Persoal, Mengapa Hanya Beliau "Di Labelkan Pengkhianat" ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Mahathir Persoal, Mengapa Hanya Beliau "Di Labelkan Pengkhianat" ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/mahathir-persoal-mengapa-hanya-beliau.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mahathir Persoal, Mengapa Hanya Beliau "Di Labelkan Pengkhianat" !"

Posting Komentar