Judul : Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu ditutup untuk ujian balistik siasat kes tembak
link : Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu ditutup untuk ujian balistik siasat kes tembak
Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu ditutup untuk ujian balistik siasat kes tembak
ANTARAPOS.COMGEORGE TOWN: Susulan kes tembakan minggu lalu, polis hari ini menutup sebahagian laluan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu menuju ke Jambatan Pulau Pinang sejak pukul 10.50 pagi ini untuk menjalankan siasatan terperinci.
Laluan yang ditutup bermula di persimpangan Jalan Ahmad Nor ke susur masuk Jambatan Pulau Pinang bagi mengadakan ujian balistik untuk siasatan kes tembak yang mengorbankan tiga individu itu.
Penutupan jalan itu bermula pukul 10.30 pagi tadi dan dijangka dibuka semula kepada orang awam pukul 5 petang ini.
Laporan Utusan Malaysia menyebut, ujian berkenaan melibatkan kira-kira 30 pegawai dan anggota forensik dari Bukit Aman dan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) negeri yang bermula di lokasi pertama membabitkan kematian seorang penunggang motosikal.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.15 malam Khamis lalu, seorang pengawal peribadi berusia 35 tahun menembak mati tiga individu termasuk majikannya, Datuk Ong Teik Kwang.
Kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham di antara Datuk terbabit bersama beberapa individu lain termasuk pengawal peribadinya ketika kesemua mereka berada di dalam sebuah kenderaan yang datang dari arah Georgetown.
Insiden tembakan rambang tersebut turut mencederakan lima yang lain, termasuk jurukamera RTM Pulau Pinang, Mohamad Amirul Amin Amir yang memberhentikan motosikalnya kerana menyangka berlaku kemalangan di lokasi itu.
Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu ditutup untuk ujian balistik siasat kes tembak
Sekianlah artikel Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu ditutup untuk ujian balistik siasat kes tembak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu ditutup untuk ujian balistik siasat kes tembak linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/lebuhraya-tun-dr-lim-chong-eu-ditutup.html
0 Response to "Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu ditutup untuk ujian balistik siasat kes tembak"
Posting Komentar