Lebuhraya CSR hubung Bentong-Kuala Krai dibuka hari ini

Lebuhraya CSR hubung Bentong-Kuala Krai dibuka hari ini - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lebuhraya CSR hubung Bentong-Kuala Krai dibuka hari ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lebuhraya CSR hubung Bentong-Kuala Krai dibuka hari ini
link : Lebuhraya CSR hubung Bentong-Kuala Krai dibuka hari ini

Baca juga


Lebuhraya CSR hubung Bentong-Kuala Krai dibuka hari ini

KUALA LIPIS, 15 Rabiulawal 1438H, Khamis – Sebahagian daripada keseluruhan 390 kilometer (km) Lebuhraya Central Spine Road (CSR), yang menghubungkan Bentong dan Kuala Krai, Kelantan, dibuka secara rasmi hari ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pembukaan seksyen 3.85km antara Kampung Kechur ke Kampung Seberang Jelai di sini akan membantu mengurangkan masa perjalanan dan berfungsi sebagai jalan alternatif kepada pengguna yang mahu ke Kelantan.

Beliau berkata, seksyen yang mula dibina pada Oktober 2014 itu telah disiapkan sepenuhnya pada Oktober tahun ini yang menelan belanja sebanyak RM59 juta.

“Dwi-laluan kenderaan menggunakan kaedah Continuously Reinforced Concrete Pavement (CRCP), yang mempunyai ketahanan tinggi dan boleh membantu mengurangkan kos penyelenggaraan.

“Projek CSR adalah yang kedua di Malaysia menggunakan CRCP selepas Lebuhraya Utara-Selatan, menggunakan kaedah sama pada tahun 1990,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Pembinaan projek CSR yang dimulakan mengikut fasa sejak tahun 2008 itu dianggarkan bernilai RM6.6 bilion apabila siap keseluruhannya.

Projek CSR yang disifatkan sebagai satu daripada projek infrastruktur berimpak tinggi di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) itu dibahagikan kepada enam pakej utama dan kementerian itu menyasarkan ia siap sepenuhnya pada RMK-11, bergantung epada peruntukan yang diterima.

Enam pakej itu ialah Kuala Krai ke Jambatan Sungai Lakit, Kelantan sepanjang 51 km; Jambatan Sungai Lakit ke Gua Musang, Kelantan (63 km); Gua Musang ke Kampung Relong, Pahang (107 km); Kampung Relong ke Raub, Pahang (56 km); Raub ke Bentong, Pahang (60 km) dan Bentong ke Simpang Pelangai (53 km).


Lebuhraya CSR hubung Bentong-Kuala Krai dibuka hari ini

Sekianlah artikel Lebuhraya CSR hubung Bentong-Kuala Krai dibuka hari ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Lebuhraya CSR hubung Bentong-Kuala Krai dibuka hari ini linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/lebuhraya-csr-hubung-bentong-kuala-krai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Lebuhraya CSR hubung Bentong-Kuala Krai dibuka hari ini"

Posting Komentar