Lawyers For Liberty "Pertikaikan" Siasatan Kes Terhadap Dakwaan Lampau

Lawyers For Liberty "Pertikaikan" Siasatan Kes Terhadap Dakwaan Lampau - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lawyers For Liberty "Pertikaikan" Siasatan Kes Terhadap Dakwaan Lampau, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lawyers For Liberty "Pertikaikan" Siasatan Kes Terhadap Dakwaan Lampau
link : Lawyers For Liberty "Pertikaikan" Siasatan Kes Terhadap Dakwaan Lampau

Baca juga


Lawyers For Liberty "Pertikaikan" Siasatan Kes Terhadap Dakwaan Lampau

KUALA LUMPUR: Lawyers for Liberty (LFL) hairan mengapa pihaknya disiasat berhubung dakwaan berkaitan menerima dana asing, sedangkan mereka dibebaskan dari dakwaan itu pada 2012.
Pengarah Eksekutif Eric Paulsen bimbang siasatan kali ini berniat jahat.
“Pada 2012 kami dan Bersih dituduh mahu menggulingkan kerajaan.
“Bagaimanapun kami tak disiasat dan isu digugurkan. Sekarang dakwaan sama diulang semula,” katanya kepada pemberita di Bukit Aman hari ini.
Paulsen menegaskan LFL “sangat telus” akan isu yang diperjuangkan dan menolak sebarang dakwaan mengatakan mereka mahu menggulingkan kerajaan.
“Dakwaan itu tidak masuk akal. Tuntutan LFL dan Bersih 5 sangat jelas iaitu pilihan raya bebas dan adil, dan kebebasan bersuara, yang selaras dengan perlembagaan.”
Peguam R Sivarasa, yang mewakili Paulsen, berpendapat siasatan polis itu susulan daripada serbuan ke atas pejabat Bersih 2.0 bulan lepas.
Sivarasa berkata pihak berkuasa mahu menyiasat dakwaan LFL menerima dana daripada yayasan hartawan George Soros, Open Society Foundation (OSF).
“Itu tuduhan yang diulang semula.”
Sivarasa berpandangan menerima dana dari luar negara bukan suatu kesalahan, dan menggesa pemerintah supaya menumpukan usaha membanteras rasuah dan jenayah.
“Jangan buang masa polis.”
Menurut Sivarasa, 2 lagi badan bukan kerajaan iaitu Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower) akan dipanggil esok untuk siasatan.
Bekas pengerusi Bersih 2.0 Tan Sri Ambiga Sreevenasan akan dipanggil untuk memberi keterangan pada Khamis.
Ahli jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 Mandeep Singh dan aktivis Fadiah Nadwa Fikri dan Farhana Abdul Halim juga sudah dipanggil untuk diambil keterangan di bawah Seksyen 124(c) Kanun Keseksaan iaitu cubaan untuk melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.
Mandeep berkata ini kali ketiga beliau dipanggil polis berhubung isu dana asing.
“Apa peranan saya dalam Bersih 5. Adakah saya memegang jawatan dalam NGO lain? Dari mana sumber dana Bersih? Saya beritahu polis saya akan jawab soalan itu di mahkamah.”
Polis meneruskan siasatan ke atas himpunan Bersih 5 yang berlaku pada 19 November lepas.
Tunjuk perasaan Bersih 5 itu menuntut reformasi institusi dan peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. #sumber


Lawyers For Liberty "Pertikaikan" Siasatan Kes Terhadap Dakwaan Lampau

Sekianlah artikel Lawyers For Liberty "Pertikaikan" Siasatan Kes Terhadap Dakwaan Lampau kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Lawyers For Liberty "Pertikaikan" Siasatan Kes Terhadap Dakwaan Lampau linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/lawyers-for-liberty-pertikaikan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Lawyers For Liberty "Pertikaikan" Siasatan Kes Terhadap Dakwaan Lampau"

Posting Komentar