Keluarga Jho Low Cuba Menghalang Mahkamah AS Rampas Aset 1MDB

Keluarga Jho Low Cuba Menghalang Mahkamah AS Rampas Aset 1MDB - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Keluarga Jho Low Cuba Menghalang Mahkamah AS Rampas Aset 1MDB, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Keluarga Jho Low Cuba Menghalang Mahkamah AS Rampas Aset 1MDB
link : Keluarga Jho Low Cuba Menghalang Mahkamah AS Rampas Aset 1MDB

Baca juga


Keluarga Jho Low Cuba Menghalang Mahkamah AS Rampas Aset 1MDB


NEW YORK: Keluarga ahli perniagaan Malaysia Low Taek Jho bercadang mengambil tindakan mahkamah baharu dalam usaha menghalang kerajaan Amerika Syarikat (AS) merampas aset berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sedang disiasat, kata mahkamah.

Empat keluarga terdekat Low Taek Jho akan memfailkan tindakan mahkamah di New Zealand dan Kepulauan Cayman minggu ini agar hartanah dan aset lain dipindahkan kepada pemegang amanah baru, menurut usul pada Isnin di Mahkamah Persekutuan Los Angeles.

Ia bertujuan menangguh pendengaran, dan memberikan masa kepada ahli keluarga membawa kes ke mahkamah di New Zealand dan Kepulauan Cayman, yang dipersoalkan kerajaan tentang lokasi sesuai bagi permintaan itu. Kerajaan menentang tindakan melambatkan perbicaraan dari 12 Disember hingga 23 Januari.

Ahli perniagaan, yang lebih dikenali sebagai Jho Low adalah antara individu yang dinamakan dalam tindakan undang-undang sivil difailkan pada Julai oleh Jabatan Kehakiman AS, yang mendakwa lebih AS$3.5 bilion disalahgunakan daripada dana 1MDB.

Tindakan undang-undang berusaha merampas AS$1 bilion aset didakwa disalurkan dari 1MDB dan dialihkan ke dalam estet hartanah mewah di New York, Beverly Hills dan London, lukisan berharga, dan jet peribadi.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menubuhkan dana itu 2009 dan mempengerusikan lembaga penasihatnya sehingga baru-baru ini.

Tindakan keluarga Low untuk mencuba mahkamah lain datang selepas kerajaan AS menentang percubaan sebelumnya bagi menggantikan pemegang amanah semasa, yang dikatakan tidak dapat memfailkan tuntutan bagi memindahkan kawalan aset.

Selain Low, Jabatan Kehakiman juga menamakan Riza Aziz dalam tindakan undang-undang itu. Aziz adalah anak tiri Najib dan pengasas Red Granite Pictures, yang menerbitkan filem blockbuster Hollywood blockbuster “The Wolf of Wall Street” pada 2013.

Tindakan undang-undang tidak menamakan Najib tetapi berkata lebih AS$700 juta dana disalahgunakan mengalir ke dalam akaun “Pegawai Malaysia Nombor 1”, yang AS dan pegawai Malaysia kenal pasti sebagai Najib.

Najib menafikan sebarang salah laku dan berkata Malaysia akan bekerjasama dalam siasatan antarabangsa. #sumber


Keluarga Jho Low Cuba Menghalang Mahkamah AS Rampas Aset 1MDB

Sekianlah artikel Keluarga Jho Low Cuba Menghalang Mahkamah AS Rampas Aset 1MDB kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Keluarga Jho Low Cuba Menghalang Mahkamah AS Rampas Aset 1MDB linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/keluarga-jho-low-cuba-menghalang.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Keluarga Jho Low Cuba Menghalang Mahkamah AS Rampas Aset 1MDB"

Posting Komentar