Judul : Kelantan isytihar cuti peristiwa 13 Disember
link : Kelantan isytihar cuti peristiwa 13 Disember
Kelantan isytihar cuti peristiwa 13 Disember
ANTARAPOS.COMKOTA BHARU: Kerajaan negeri hari ini mengumumkan 13 Disember sebagai cuti peristiwa sempena pemasyhuran Sultan Muhammad ke-V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yacob, berkata pada Selasa ini, Sultan Muhammad akan hadir di Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15, di Istana Negara, Kuala Lumpur.
Sehubungan itu, katanya, semua kakitangan kerajaan negeri dan rakyat akan berada di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa, pada jam 7 pagi pada hari berkenaan bagi meraikan keberangkatan baginda ke Istana Negara.
"Sebagai meraikan keberangkatan baginda ke Istana Negara, kami jangkakan kira-kira 10,000 rakyat akan berkumpul di LTSIP untuk meraikan keberangkatan baginda ke Istana Negara.
"Kami (kerajaan negeri) sudah buat persiapan (untuk majlis keberangkatan baginda ke Istana Negara) mengikut atur cara yang dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat EXCO di Kota Darulnaim, di sini, hari ini.
Ditanya pelantikan Pemangku Sultan Kelantan, Ahmad berkata kerajaan negeri sudah menetapkan esok bagi upacara itu.
"Semua sudah siap diatur bagi majlis pelantikan Pemangku Sultan Kelantan esok berikutan Sultan Muhammad ke V dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong," katanya.
Kelantan isytihar cuti peristiwa 13 Disember
Sekianlah artikel Kelantan isytihar cuti peristiwa 13 Disember kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Kelantan isytihar cuti peristiwa 13 Disember linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/kelantan-isytihar-cuti-peristiwa-13.html
0 Response to "Kelantan isytihar cuti peristiwa 13 Disember"
Posting Komentar