Judul : Hotel Tanpa Lesen Sah Di Roboh, Jamal Dakwa Azmin Berdendam !
link : Hotel Tanpa Lesen Sah Di Roboh, Jamal Dakwa Azmin Berdendam !
Hotel Tanpa Lesen Sah Di Roboh, Jamal Dakwa Azmin Berdendam !
PETALING JAYA: Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini mendakwa Datuk Seri Azmin Ali mengarahkan hotel miliknya Sekin Fishermen Village Hotel & Resort dirobohkan serta-merta kerana dendam susulan kritikannya terhadap isu gangguan air.
Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu berkata Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) diarahkan merobohkan premis perniagaannya atas arahan Azmin yang juga menteri besar Selangor.
“Pagi tampal notis, petang ini roboh. Ini tindakan balas dendam Kerajaan Negeri Selangor terhadap kelantangan saya mengkritik kerajaan di bawah pimpinan Azmin.
“Apa yang saya lakukan ini adalah untuk kepentingan rakyat Selangor yang derita dengan masalah air,” katanya.
Berdasarkan notis yang diterima, MDSB menghantar notis perintah menutup hotel milik Jamal yang berada di Jalan Pantai Redang, Sekinchan berkuat kuasa hari ini dan pemeriksaan semula premis itu akan dibuat pada 4 Januari depan.
Tetapi, MDSB sudah pun menjalankan kerja merobohkan premis itu pada hari ini.
Arahan itu menyebut Jamal sebagai pemilik premis menjalankan aktiviti perhotelan tanpa lesen sah daripada pihak berkuasa melesen mengikut UUK 3(1) Undang-undang Kecil Hotel MDSB 2013.
Mengulas mengenai notis itu, Jamal berkata pihaknya memohon permit sejak 5 tahun lalu tetapi tidak diluluskan MDSB walaupun pelbagai dokumen lengkap disediakan.
“Sudah 5 tahun berniaga, saya sudah mohon lesen sejak 5 tahun lalu dengan semua syarat dan bayaran dibuat kepada majlis,” katanya.
Semalam, Jamal datang ke Bangunan SUK Selangor dengan hanya bertuala bagi membantah gangguan bekalan air besar-besaran di sekitar Lembah Klang sejak Isnin lalu, bagi memberi laluan kerja penyelenggaraan pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Bukit Badong. #sumber
Hotel Tanpa Lesen Sah Di Roboh, Jamal Dakwa Azmin Berdendam !
Sekianlah artikel Hotel Tanpa Lesen Sah Di Roboh, Jamal Dakwa Azmin Berdendam ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Hotel Tanpa Lesen Sah Di Roboh, Jamal Dakwa Azmin Berdendam ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/hotel-tanpa-lesen-sah-di-roboh-jamal.html
0 Response to "Hotel Tanpa Lesen Sah Di Roboh, Jamal Dakwa Azmin Berdendam !"
Posting Komentar