Fuziah: 'Selesaikan Krisis', Senarai Hitam Syarikat Ada Permit Bauksit

Fuziah: 'Selesaikan Krisis', Senarai Hitam Syarikat Ada Permit Bauksit - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Fuziah: 'Selesaikan Krisis', Senarai Hitam Syarikat Ada Permit Bauksit, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Fuziah: 'Selesaikan Krisis', Senarai Hitam Syarikat Ada Permit Bauksit
link : Fuziah: 'Selesaikan Krisis', Senarai Hitam Syarikat Ada Permit Bauksit

Baca juga


Fuziah: 'Selesaikan Krisis', Senarai Hitam Syarikat Ada Permit Bauksit

PETALING JAYA: Putrajaya perlu menyenaraihitamkan setiap syarikat yang mempunyai Permit Import (AP) untuk melombong bauksit bagi menyelesaikan krisis di Pahang, kata Ahli Parlimen PKR Fuziah Salleh.
“Syarikat ini melanggar undang-undang dengan menjalankan aktiviti perlombongan haram,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahli Parlimen Kuantan itu mengulas pendedahan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang aktiviti perlombongan bauksit haram jelas masih berlaku di Pahang kerana stok simpanan bauksit sedia ada tidak menunjukkan sebarang penurunan ketara.
Wan Junaidi juga berkata Kabinet akan membincangkan hari ini sama ada untuk melanjutkan moratorium 3 bulan yang berakhir pada 31 Disember.
Moratorium itu dikenakan bagi membersihkan stok simpanan bauksit sedia ada di Pahang.
Fuziah berkata mesyuarat Kabinet hari ini perlu membuat keputusan bagaimana membersihkan stok simpanan sedia ada tanpa melibatkan syarikat perlombongan.
“Mungkin kumpulan masyarakat awam yang mahu melihat stok simpanan dibersihkan boleh dimasukkan ke dalam proses.”
Ketika mengalu-alukan pendirian Wan Junaidi itu, Fuziah berkata lebih banyak perlu dilakukan oleh kerajaan memandangkan tindakan moratorium semata-mata tidak mampu menyelesaikan masalah ini.
Beliau berkata Kabinet perlu memikiran cara memulihkan kawasan perlombongan yang terletak berhampiran loji rawatan air dan kawasan kediaman penduduk.
“Hakisan bekas tempat perlombongan dan stok simpanan sedia ada akan mencemarkan sungai dan air minuman penduduk Kuantan.
“Terdapat juga risiko tanah runtuh, yang ditimbulkan kerajaan negeri Pahang sebelum ini.”
Fuziah memberi amaran kegagalan Kabinet menangani isu ini akan membawa kesan kesihatan jangka panjang kepada penduduk Kuantan.
Tahun lepas, perlombongan bauksit secara berleluasa membangkitkan kemarahan penduduk Kuantan, mencetuskan rasa takut pencemaran alam sekitar tidak dapat dipulihkan di Pahang.
Industri bauksit yang sebahagian besarnya tidak terkawal meledak sejak 2 tahun lalu susulan permintaan China yang semakin berkembang untuk memenuhi kekurangan bekalan selepas Indonesia mengharamkan eksport bauksit. #sumber


Fuziah: 'Selesaikan Krisis', Senarai Hitam Syarikat Ada Permit Bauksit

Sekianlah artikel Fuziah: 'Selesaikan Krisis', Senarai Hitam Syarikat Ada Permit Bauksit kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Fuziah: 'Selesaikan Krisis', Senarai Hitam Syarikat Ada Permit Bauksit linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/fuziah-selesaikan-krisis-senarai-hitam.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Fuziah: 'Selesaikan Krisis', Senarai Hitam Syarikat Ada Permit Bauksit"

Posting Komentar