Judul : Fuziah Salleh Dedahkan "Lima Hutan Simpan Kekal" Telah Di Ceroboh
link : Fuziah Salleh Dedahkan "Lima Hutan Simpan Kekal" Telah Di Ceroboh
Fuziah Salleh Dedahkan "Lima Hutan Simpan Kekal" Telah Di Ceroboh
Lima HSK terbabit iaitu di Kelau/Raka dan dua kawasan di Bukit Tinggi dan dua lagi Lentang.
Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata, terdapat 10,776 hektar HSK yang belum dibaiki pulih iaitu di dua buah hutan dekat Kemasul di sempadan daerah Bentong dan Temerloh.
Menurutnya, semua maklumat terbabit diperoleh daripada pemberi maklumat yang kemudiannya dipadankan dengan imej satelit.
“Berdasarkan imej satelit itu jelas menunjukkan kemungkinan wujudnya aktiviti terbabit. Jika benar ia diterokai, saya khuatir ia akan terus membahayakan keselamatan awam pada masa akan datang.
“Tambahan pula waktu ini musim hujan dan rakyat akan terkesan,” katanya, semalam.
Dalam pada itu, katanya, daripada pendedahan tersebut, pihaknya dimaklumkan bahawa 502 hektar di HSK Bukit Tinggi didakwa telah dicerobohi dengan perlombongan haram.
Fuziah berkata, ia satu berita yang menggusarkan ramai pihak memandangkan perlombongan haram akan melibatkan aktiviti tidak terkawal.
“Contoh penggunaan cyanide di dalam proses perlombongan emas mungkin berlaku dan perlombongan haram yang dilakukan itu dekat dengan penempatan awam atau sekolah,” katanya.
Katanya, kedua-dua HSK Bukit Tinggi dan Lentang adalah kawasan sensitif kerana ia kawasan yang berbukit dan cerun selain menjadi kawasan tadahan air.
Menurutnya, ia juga boleh menjejaskan lokasi tarikan pelancong kerana terdapat beberapa air terjun yang menjadi tumpuan orang ramai.
Tambahan pula HSK Lentang telah pun di wartakan sebagai Hutan Lipur pada tahun 2000.
“Sebanyak 1,338 hektar telah diwartakan buat tujuan rekreasi dan seharusnya di pelihara dari pencerobohan,” katanya.
Selain itu, Fuziah berkata, banyak impak ke atas pencerobohan hutan serius telah berlaku seperti kejadian tanah runtuh di Lebuh raya Karak di Kilometer 52.4 pada 11 November tahun lalu. #sumber
Fuziah Salleh Dedahkan "Lima Hutan Simpan Kekal" Telah Di Ceroboh
Sekianlah artikel Fuziah Salleh Dedahkan "Lima Hutan Simpan Kekal" Telah Di Ceroboh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Fuziah Salleh Dedahkan "Lima Hutan Simpan Kekal" Telah Di Ceroboh linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/fuziah-salleh-dedahkan-lima-hutan.html
0 Response to "Fuziah Salleh Dedahkan "Lima Hutan Simpan Kekal" Telah Di Ceroboh"
Posting Komentar