"Bertengkar", Sebelum Pengawal Peribadi Lepas 17 Das Tembakan !

"Bertengkar", Sebelum Pengawal Peribadi Lepas 17 Das Tembakan ! - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul "Bertengkar", Sebelum Pengawal Peribadi Lepas 17 Das Tembakan !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : "Bertengkar", Sebelum Pengawal Peribadi Lepas 17 Das Tembakan !
link : "Bertengkar", Sebelum Pengawal Peribadi Lepas 17 Das Tembakan !

Baca juga


"Bertengkar", Sebelum Pengawal Peribadi Lepas 17 Das Tembakan !


GEORGE TOWN: Pertengkaran antara seorang pengawal peribadi dan majikannya di dalam sebuah kereta berakhir dengan insiden penuh tragis apabila suspek melepaskan 17 tembakan, menggorbankan bukan sahaja majikannya tetapi dua mangsa lain.
Empat yang lain turut cedera akibat peluru sesat dalam insiden yang berlaku di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, petang Khamis.
Sumber berkata, pengawal peribadi dalam lingkungan usia 30-an itu dipercayai ada masalah mental dan suspek mengamuk sebelum menembak majikannya dengan sepucuk pistol.
Menurut sumber, pengawal peribadi yang duduk di bahagian belakang bertengkar dengan Datuk Ong Teik Kwong yang sedang memandu kereta jenis BMW semasa kejadian.
Individu ketiga yang dikatakan pemandu dan juga rakan kongsi Teik Kwong, duduk di tempat duduk hadapan semasa kejadian.
Dia tidak memandu kereta tersebut kerana berada dalam keadaan mabuk.
"Berlaku perselisihan faham dan pengawal peribadi itu mengamuk. Secara tiba-tiba dia mengeluarkan pistol dan menembak Ong dari belakang.
"Selepas itu dia memukul kepala pemandu dengan pistol," kata sumber.
Pemandu itu kemudiannya keluar dari kereta tersebut untuk menyelamatkan diri dan suspek mengejarnya.
"Dia melepaskan tembakan tetapi tidak terkena pemandu itu. Peluru itu bagaimanapun terkena beberapa individu yang berada di lokasi kejadian," kata sumber.
Selain Teik Kwong, dua lagi yang maut dikenal pasti sebagai pembekal bunga, M. Senthil, 38, dan badut profesional, Choi Hon Ming, 32.
Polis tiba di lokasi kejadian beberapa minit kemudian.
"Salah seorang anggota polis mengacukan pistol ke arah pengawal peribadi itu yang kemudiannya meletakkan senjatanya dan menyerah diri," kata sumber.
Pemandu Teik Kwong yang mengalami kecederaan di kepala dibawa polis ke Hospital Pulau Pinang kira-kira pukul 12.15 pagi Jumaat.
Keputusan bedah siasat menunjukkan Teik Kwong maut akibat kecedeaan di kepala manakala, Senthil dan Hon Ming meninggal dunia disebabkan kecederaan di dada.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata berdasarkan siasatan awal dan temubual dengan ahli keluarga suspek mendedahkan lelaki itu ada masalah mental.
"Kami merampas pistol susulan penangkapan tersebut," katanya.
Khalid berkata suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau tetapi merupakan bekas askar. #sumber


"Bertengkar", Sebelum Pengawal Peribadi Lepas 17 Das Tembakan !

Sekianlah artikel "Bertengkar", Sebelum Pengawal Peribadi Lepas 17 Das Tembakan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca "Bertengkar", Sebelum Pengawal Peribadi Lepas 17 Das Tembakan ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/bertengkar-sebelum-pengawal-peribadi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to ""Bertengkar", Sebelum Pengawal Peribadi Lepas 17 Das Tembakan !"

Posting Komentar