Judul : Fitnah perkauman, polis buru pengguna Twitter
link : Fitnah perkauman, polis buru pengguna Twitter
Fitnah perkauman, polis buru pengguna Twitter
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan seorang pengguna Twitter yang mengeluarkan komen berbaur hasutan mengatakan berlaku pembersihan etnik kaum di Malaysia.Kenyataan tersebut dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter menggunakan nama B Vadivel pada Ahad.
Khalid menerusi laman Twitternya, menggesa PCIRC mengesan pemilik akaun Twitter terbabit untuk disiasat kerana menyalahgunakan media bagi tujuan menghasut.
“PCIRC @PDRMsia kesan tweet handler (pengendali Twitter) ini dan ambil tindakan kerana menghasut dan salah guna media sosial,” katanya.
Khalid turut menyertakan salinan skrin kenyataan yang dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter menggunakan nama B Vadivel @bvadivel itu.
Kenyataan berbaur hasutan yang dimuat naik pada jam 9.54 pagi hari ini itu menyatakan kononnya pada tahun 1969 berlaku pembersihan etnik kaum Cina di Kuala Lumpur, manakala pada 2001, berlaku pembersihan etnik kaum India di Kampung Medan dan kedua-duanya didalangi UMNO.
Fitnah perkauman, polis buru pengguna Twitter
Sekianlah artikel Fitnah perkauman, polis buru pengguna Twitter kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Fitnah perkauman, polis buru pengguna Twitter linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/fitnah-perkauman-polis-buru-pengguna.html
0 Response to "Fitnah perkauman, polis buru pengguna Twitter"
Posting Komentar