Dr Mahathir: PAS Akan Di Berikan "Tempoh Akhir" Untuk Menyertai Pakatan

Dr Mahathir: PAS Akan Di Berikan "Tempoh Akhir" Untuk Menyertai Pakatan - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dr Mahathir: PAS Akan Di Berikan "Tempoh Akhir" Untuk Menyertai Pakatan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dr Mahathir: PAS Akan Di Berikan "Tempoh Akhir" Untuk Menyertai Pakatan
link : Dr Mahathir: PAS Akan Di Berikan "Tempoh Akhir" Untuk Menyertai Pakatan

Baca juga


Dr Mahathir: PAS Akan Di Berikan "Tempoh Akhir" Untuk Menyertai Pakatan

SHAH ALAM: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan menunggu PAS lebih lama.
Beliau berkata partinya benar-benar mahu mengumpulkan semua pihak yang menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkumpul di bawah satu payung.
Bagaimanapun, jika ia mengambil masa terlalu lama, pihak pembangkang juga perlu bergerak dengan rancangan mengalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Dr Mahathir.
“Kami cuba mendapatkan semua orang yang mendakwa mereka menentang kerajaan Najib untuk menyertai kami, kerana jika kita semua bersatu, peluang untuk menang akan lebih baik.
“Tetapi jika kita tidak boleh mencapai matlamat ini kerana terdapat mereka yang mempunyai agenda tersembunyi untuk membantu Najib kekal berkuasa, maka kita akan bergerak tanpa mereka.
“Oleh kerana ini adalah politik dan dalam sebuah negara demokrasi, kita tidak boleh mengatur segala-galanya,” katanya kepada media di Persidangan Kebangsaan DAP di sini hari ini.
Apabila ditanya mengenai tarikh akhir bagi PAS memberi keputusan sama ada ia akan bersama Pakatan Harapan, Dr Mahathir berkata ia belum diputuskan lagi.
“Kami akan membuat keputusan secepat mungkin. Saya perlu berunding dengan rakan dalam PPBM dahulu.”
Dr Mahathir, bersama dengan pemimpin lain di PPBM dan PKR, menekankan kepentingan penyertaan PAS dengan berkata, tanpanya, pertembungan 3 penjuru pada pilihan raya umum akan datang tidak dapat dielakkan, dan mungkin akan membantu BN.
Dalam keadaan ini, mereka menjelaskan, BN pasti akan menang kerana undi pembangkang akan berpecah.
PAS bagaimanapun, menegaskan ia tidak akan melakukan kesilapan sama dengan bekerjasama dengan DAP lagi.
DAP adalah salah satu daripada parti utama dalam gabungan Pakatan Harapan, 2 lagi ialah PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah).
Dalam perkembangan berasingan, Dr Mahathir bergurau tentang komen yang dibuat Presiden Wanita Umno Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil pada Perhimpunan Agung Umno minggu ini.
Beliau mendakwa pada hari melihat bekas presiden Umno itu “mencium” bekas musuhnya, veteran DAP Lim Kit Siang, adalah hari paling gelap dalam hidupnya.
“Saya belum sampai ke tahap itu lagi. Kita boleh menjadi liberal, tetapi liberalisme mempunyai hadnya.
“Jika semua anda hadir telanjang hari ini, saya tidak akan menerimanya,” katanya kepada media yang hadir.
Dr Mahathir membuat penampilan mengejut pada Persidangan Kebangsaan DAP pagi ini dengan berkongsi pentas bersama Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden Amanah Mohamad Sabu. #sumber


Dr Mahathir: PAS Akan Di Berikan "Tempoh Akhir" Untuk Menyertai Pakatan

Sekianlah artikel Dr Mahathir: PAS Akan Di Berikan "Tempoh Akhir" Untuk Menyertai Pakatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Dr Mahathir: PAS Akan Di Berikan "Tempoh Akhir" Untuk Menyertai Pakatan linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/dr-mahathir-pas-akan-di-berikan-tempoh.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Dr Mahathir: PAS Akan Di Berikan "Tempoh Akhir" Untuk Menyertai Pakatan"

Posting Komentar