Azmin mengelak jawab soalan peruntukkan ADUN - PAS

Azmin mengelak jawab soalan peruntukkan ADUN - PAS - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Azmin mengelak jawab soalan peruntukkan ADUN - PAS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Azmin mengelak jawab soalan peruntukkan ADUN - PAS
link : Azmin mengelak jawab soalan peruntukkan ADUN - PAS

Baca juga


Azmin mengelak jawab soalan peruntukkan ADUN - PAS

Datuk Seri Azmin Ali mungkin satu-satunya MB yang dilantik di 'pertengahan penggal' dan tidak ada sokongan untuk mempertahankan jawatan tersebut bagi penggal akan datang.

Ini selepas disokong PAS untuk jadi MB, Azmin main politik dan mengetepikan 'tapak sokongan' tersebut demi menjaha hati DAP, PAN dan PPBM.

PAS Selangor sendiri mempersoalkan di manakan prinsip demokrasi dilaungkan Azmin kerana sehingga  kini 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS negeri masih belum menerima peruntukan tahunan berjumlah RM800,000.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi, berkata Mohamed Azmin dilihat cuba mengelak dan memberikan alasan ketika beliau dan beberapa ADUN PAS lain bertanyakan perkara itu kepadanya sebelum ini.

Beliau berkata, peruntukan itu sudah diterima wakil rakyat daripada parti lain, manakala kebanyakan ADUN PAS terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri sehingga ratusan ribu ringgit bagi mengadakan program di kawasan masing-masing.

"Saya sendiri sudah berhubung dengan Mohamed Azmin melalui SMS (khidmat pesanan ringkas), selain dengan Setiausaha Politik beliau. Beliau menjawab akan mencari masa dan dilihat semacam mengelak untuk membincangkan isu ini.

"Sebenarnya ADUN PAS tetap melaksanakan tugas dengan kewangan peribadi, sebagai contoh, saya sendiri sudah menggunakan lebih RM40,000, ADUN Chempaka (RM157,000), ADUN Sijangkang (RM50,000), ADUN Meru (RM30,000) dan ADUN Selat Klang (RM100,000)," katanya pada sidang media di Bangunan PAS Selangor, Shah Alam Rabu.

Sallehen yang juga ADUN Sabak berkata, beliau dan ADUN PAS lain tidak akan merayu kepada kerajaan negeri sekiranya isu terbabit masih tidak diselesaikan.

"Kita ambil keputusan tidak akan merayu. Ini bukan amalan kita, peruntukan itu diluluskan pada bajet negeri 2018.

"Selama ini kita dengar alasan daripada Mohamed Azmin dengan mengatakan ia soal teknikal, namun yang jadi kemusykilan kenapa ADUN PAS saja yang belum menerimanya sedangkan ADUN lain sudah menggunakan peruntukan berkenaan," katanya.

Azmin menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim yang ditumbangkan dengan 'Kajang Move' dengan sokonganADUN-ADUN PAS dan sebahagian kecil ADUN PKR. Sebahagian besar ADUN DAP ketika itu menyokong Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai MB.

Bagaimanapun beliau tidak mendapat perkenan Istana.


Azmin mengelak jawab soalan peruntukkan ADUN - PAS

Sekianlah artikel Azmin mengelak jawab soalan peruntukkan ADUN - PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Azmin mengelak jawab soalan peruntukkan ADUN - PAS linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/03/azmin-mengelak-jawab-soalan-peruntukkan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Azmin mengelak jawab soalan peruntukkan ADUN - PAS"

Posting Komentar