DR M SUDAH AMBIL KERJA ‘JAHAT’ YANG DILAKUKAN DAP – SOHAIMI

DR M SUDAH AMBIL KERJA ‘JAHAT’ YANG DILAKUKAN DAP – SOHAIMI - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DR M SUDAH AMBIL KERJA ‘JAHAT’ YANG DILAKUKAN DAP – SOHAIMI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DR M SUDAH AMBIL KERJA ‘JAHAT’ YANG DILAKUKAN DAP – SOHAIMI
link : DR M SUDAH AMBIL KERJA ‘JAHAT’ YANG DILAKUKAN DAP – SOHAIMI

Baca juga


DR M SUDAH AMBIL KERJA ‘JAHAT’ YANG DILAKUKAN DAP – SOHAIMI

KENYATAAN MEDIA

Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang kononnya 700,000 warga asing akan diberi kerakyatan adalah salah satu strategi untuk memburukkan kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selain cuba menakutkan rakyat.

Apakah Dr Mahathir sudah terdesak sehingga melontarkan tuduhan tanpa membuat kira-kira berasaskan fakta. Kalau kita menggunakan logik akal, 700,000 bukan angka yang kecil bukan mudah untuk buat kerja ini seperti yang didakwa mantan Perdana Menteri itu, lagi satu dimana mahu sumbat 700,000 warga asing ini.

Jumlah penduduk Johor Bahru sendiri pun hanyalah dalam lingkungan 1 juta sahaja jadi bagaimana 700,000 warga asing ini mahu tinggal dalam negeri itu. Pertambahan penduduk di Johor akan berlaku secara mendadak dan pastinya ia dapat dikesan.

Sebelum ini Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah menjelaskan secara objektif bersandarkan kepada fakta. Semuanya sudah jelas dan tidak perlu lagi untuk saya membuat kira-kira menjelaskan sekali lagi pada Dr Mahathir.

Amat mengecewakan seorang bekas Perdana Menteri bercakap mengikut nafsu amarah mahupun dendam dengan memanipulasi angka bagi menakutkan rakyat dan tidak berpegang sama sekali pada fakta. Tidak layak bagi seorang yang dianggap negarawan mengeluarkan kenyataan tanpa asas.
Lupakah Dr Mahathir bagaimana projek mega pelaksanaannya seperti KLCC dan Putrajaya suatu masa yang dianggap satu pembaziran. Namun, beliau menjawab secara objektif dan berfakta. Kenapa prinsip berkenaan sudah hilang hari ini.

Kenyataan tidak berasas Dr Mahathir ini membuka ruang kepada media barat untuk melebarkan persepsi buruk terhadap negara. Apakah Dr Mahathir sudah tidak pedulikan lagi perkara itu sedangkan beliau cukup anti media asing sewaktu pentadbirannya.

Kita boleh berbeza pendapat, kita boleh bertelagah dalam hal politik, namun biarlah bersandarkan fakta. Bercakaplah benar walaupun pahit. Dr Mahathir hendak berkawan dengan DAP, hendak peluk Lim Kit Siang pun tak kisah, tetapi jangan sampai mengikut perangai parti chauvinis itu.
Hari ini kerja-kerja ‘jahat’ yang sering dilakukan DAP bagi merosakkan imej UMNO-BN kini mula diambil alih Dr Mahathir. DAP kini sudah boleh duduk diam kerana Dr Mahathir sudah bekerja untuk mereka.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO

Datuk Sohaimi Shahadan


DR M SUDAH AMBIL KERJA ‘JAHAT’ YANG DILAKUKAN DAP – SOHAIMI

Sekianlah artikel DR M SUDAH AMBIL KERJA ‘JAHAT’ YANG DILAKUKAN DAP – SOHAIMI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca DR M SUDAH AMBIL KERJA ‘JAHAT’ YANG DILAKUKAN DAP – SOHAIMI linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/dr-m-sudah-ambil-kerja-jahat-yang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "DR M SUDAH AMBIL KERJA ‘JAHAT’ YANG DILAKUKAN DAP – SOHAIMI"

Posting Komentar