Judul : DAP Bakal Berpecah Kerana Sebab Ini?
link : DAP Bakal Berpecah Kerana Sebab Ini?
DAP Bakal Berpecah Kerana Sebab Ini?
DAP Bakal Berpecah Kerana Sebab Ini?Walaupun bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat tepukan gemuruh semasa penampilan bersejarahnya di konvensyen kebangsaan DAP, namun beberapa pemimpin parti itu bimbang ia mungkin membawa kesan sebaliknya, terutama bagi masyarakat Cina di Semenanjung dan masyarakat Kadazan.
Ini disuarakan oleh wakil rakyat DAP, Sim Tong Him dan Chan Foong Hin yang masing-masing berasal dari Melaka dan Sabah.
DAP Bakal Berpecah Kerana Sebab Ini? Sebagai veteran DAP, Sim berpendapat parti itu tidak sepatutnya menjemput Mahathir ke konvensyen berkenaan.
Pesimis terhadap keupayaan Mahathir menarik undi Melayu kepada DAP, beliau mengingatkan bahawa langkah itu sebaliknya mungkin boleh menakutkan pengundi tradisional Cina parti itu, terutamanya disebabkan oleh rasa tidak puas hati berhubung tanggapan terhadap bekas PM itu sewaktu pentadbirannya.
"Saya tidak fikir ianya perlu, ini memberi tanggapan yang kedua-dua pihak menggunakan satu sama lain... Sebanyak manakah beliau (Mahathir) boleh membantu mengurangkan prejudis orang Melayu terhadap DAP?
"Saya rasa, memandangkan BERSATU bukan dalam Pakatan Harapan, maka ia menjadi ganjil jika kita membenarkan Mahathir dan (presiden BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadiri (Konvensyen DAP)," kata ahli Parlimen Kota Melaka itu.
DAP Bakal Berpecah Kerana Sebab Ini?
Sim berkata, parti itu tidak boleh hanya melihat pada manfaat yang dibawa oleh Mahathir, tetapi mengabaikan akibatnya.
"Kita tidak boleh mengambil mudah penyokong Cina bandar. Kita tidak boleh terlalu optimistik, adalah penting untuk menstabilkan asas pengundi tradisional kita. "
Menurut maklum balas yang diterima, beliau berkata kerjasama Mahathir dengan DAP membimbangkan penyokong Cina.
"Ramai yang bimbang tentang Mahathir. Ini mengecewakan mereka dan mereka mungkin jadi pengundi atas pagar. Parti patut beri perhatian terhadap perkara ini."
Reaksi akar umbi Kadazan
Chan, yang merupakan ADUN Sri Tanjong, mengakui beliau berasa hairan dengan kehadiran bekas perdana menteri itu di konvensyen DAP.
Ini, katanya, adalah kerana DAP tempatan mengekalkan hubungan yang 'suam-suam' dengan BERSATU.
Apabila Chan pulang ke negeri di bawah bayu itu, beliau berdepan dengan banyak soalan dari akar umbi tempatan, terutama dari masyarakat Kadazan.
Menurutnya, pemimpin tempatan Kadazan tidak dapat memahami mengapa Mahathir sedang bekerjasama dengan DAP kerana bekas PM itu dilihat sebagai mendalangi projek IC, walaupun mereka percaya dengan 'kebijaksanaan' Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.
"Di segi rasional, DAP mesti bekerjasama dengan Mahathir. Tetapi orang ini (Mahathir) telah menyakitkan kita sebelum ini terutama bagi masyarakat Kadazan... terima kasih kepada 'projek' Dr M," tambahnya.
DAP Bakal Berpecah Kerana Sebab Ini?
Juga dikenali sebagai projek 'M' untuk huruf pangkal namanya, Mahathir didakwa terlibat dalam kontroversi Projek IC, yang memberikan kewarganegaraan kepada pendatang asing, kebanyakannya Muslim, dan menjadikan mereka pengundi dan membolehkan penguasaan berterusan Umno Sabah sejak 1994.
Tetapi Mahathir menafikan sebarang pengetahuan mengenai projek seumpama itu.
Menurut Chan, orang Kadazan melihat Mahathir sebagai dalang di sebalik projek IC yang mereka percaya membawa kepada penghakisan kuasa politik masyarakat tersebut.
'Pembangkang yang kuat'
Bagaimanapun, dua lagi pemimpin DAP bersetuju dengan kehadiran Mahathir di konvensyen parti itu.
ADUN Bilut, Chow Yu Hui berkata kehadiran Mahathir di konvensyen parti yang pernah menjadi musuh ketatnya itu, membuktikan keazaman bekas PM itu untuk bekerjasama dengan pembangkang untuk menjatuhkan Najib.
Walaupun tindakan keras Mahathir terhadap hak asasi manusia sebelum ini, Chow percaya bekas PM masih boleh menebus dirinya.
Walaupun Mahathir tidak memohon maaf di atas kesilapannya di masa lalu, Chow berkata, anggota DAP masih boleh bekerja dengannya walaupun mereka tidak boleh melupakan masa lalu.
Namun begitu, beliau berpandangan bahawa adalah baik bagi Mahathir memohon maaf bagi mengukuhkan pakatan pembangkang, katanya.beliau mencadangkan.
"Jika beliau boleh memohon maaf atas kesilapan masa lalu, ini akan menjadi baik untuk pilihan raya akan datang... walaupun kita tidak pernah lupa masa lalunya," kata sambil menambah bahawa penyertaan Mahathir boleh membawa kepada pembangkang yang kuat.
Sementara itu, Bendahari DAP Johor, George Poh Eng Guan menghargai kehadiran Mahathir di konvensyen DAP.
Poh berkata langkah itu merupakan satu isyarat yang baik dari Mahathir untuk menunjukkan keikhlasannya untuk bekerjasama dengan pembangkang.
"Beliau secara terbuka mengakui kesilapannya (mengenai tanggapan terdahulunya terhadap DAP), ini adalah baik... Saya rasa ini boleh menyenangkan rasa tidak puas hati di peringkat akar umbi," katanya, walaupun mengakui bahawa beliau sendiri mempunyai perasaan yang bercampur-campur.
Poh percayai penyokong tegar DAP tidak bimbang dengan pakatan Mahathir-DAP.
DAP Bakal Berpecah Kerana Sebab Ini? "Saya tidak fikir ia akan membawa kepada sebarang tindak balas. DAP tidak menyimpang dari prinsipnya, kita masih menegakkan keadilan." - mk
Iklan
DAP Bakal Berpecah Kerana Sebab Ini?
Sekianlah artikel DAP Bakal Berpecah Kerana Sebab Ini? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca DAP Bakal Berpecah Kerana Sebab Ini? linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/dap-bakal-berpecah-kerana-sebab-ini.html
0 Response to "DAP Bakal Berpecah Kerana Sebab Ini?"
Posting Komentar