Banyak dokumen Umno Semporna dimusnahkan selepas Shafie keluar parti

Banyak dokumen Umno Semporna dimusnahkan selepas Shafie keluar parti - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Banyak dokumen Umno Semporna dimusnahkan selepas Shafie keluar parti, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Banyak dokumen Umno Semporna dimusnahkan selepas Shafie keluar parti
link : Banyak dokumen Umno Semporna dimusnahkan selepas Shafie keluar parti

Baca juga


Banyak dokumen Umno Semporna dimusnahkan selepas Shafie keluar parti

Oleh Haizal Yatiran
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Pemangku Ketua Umno Bahagian Semporna, Datuk Nasir Tun Sakaran berkata banyak dokumen parti didapati dimusnahkan oleh kumpulan tertentu setelah ketua dahulu, Datuk Seri Shafie Apdal meninggalkan Umno.
 
Nasir berkata, beliau dan ahli jawatankuasa lain mengambil masa hampir dua bulan untuk menyusun semula fail-fail dan pejabat.
 
Ketika ditemui di Perhimpunan Agung Umno (PAU2016) di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini, beliau berkata, itu antara cabaran paling besar di hadapi setelah Shafie keluar parti.
 
"Keadaan kita di Semporna sudah pulih seperti sedia kala. Peringkat awalnya Shafie keluar Umno memang banyak yang mungkin risau atau kekeliruan terutama sekali ahli di Bahagian Semporna.
 
"Setelah kita susun kembali dan ia mengambil masa hampir dua bulan. Kita di peringkat pejabat kita sediakan pejabat baru.
 
"Selain itu fail-fail juga kita kena cari daripada pejabat perhubungan Sabah dan pusat dan fail-fail lama tidak dikembalikan mungkin dimusnahkan pihak keluar Umno," katanya.
 
Namun, beliau yang kini menerajui Umno bahagian tersebut bagaimanapun berjaya mengatasi cabaran tersebut malah bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.
 
Ketika diminta mengulas lanjut berkenaan tindakan kumpulan bekas Umno Semporna itu, beliau menjangkakan bahawa kumpulan tersebut mahu menggunakan dokumen berkenaan sebagai rujukan untuk menubuh parti baru mereka.
 
Shafie keluar Umno setelah keahliannya digantung ekoran tindakannya mengkritik secara terbuka kepimpinan presiden party, Datuk Seri Najib Razak.
 
Beliau kemudian menubuh parti WARISAN yang berasaskan politik tempatan bersama beberapa pemimpin pembangkang Sabah lain.
 
 


Banyak dokumen Umno Semporna dimusnahkan selepas Shafie keluar parti

Sekianlah artikel Banyak dokumen Umno Semporna dimusnahkan selepas Shafie keluar parti kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Banyak dokumen Umno Semporna dimusnahkan selepas Shafie keluar parti linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/banyak-dokumen-umno-semporna.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Banyak dokumen Umno Semporna dimusnahkan selepas Shafie keluar parti"

Posting Komentar