Judul : Aktivis Anti-Pembalakan Di Tahan Polis, Selepas Kiriman Facebook
link : Aktivis Anti-Pembalakan Di Tahan Polis, Selepas Kiriman Facebook
Aktivis Anti-Pembalakan Di Tahan Polis, Selepas Kiriman Facebook
PETALING JAYA: Polis semalam menahan dua aktivis, dipercayai berkaitan dengan kiriman Facebook mengkritik pihak tertentu dalam penggondolan kawasan hutan, menurut sebuah NGO yang mewakili mereka.
Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) berkata Presidennya, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil dan pembantu pentadbiran Norhayati Shahromyang ditahan tengah hari semalam oleh polis Johor, dipercayai berkait kiriman Facebook mengkritik aktiviti penebangan hutan di negeri itu.
Setiausaha Agung Peka, Bazlinda Bahrin berkata Sabrina dan Norhayati bertemu polis Shah Alam selepas diarah berbuat demikian, tetapi ditahan untuk siasatan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, sebelum dibawa ke Johor untuk mendapat perintah reman pagi ini.
Ketika ditahan, peguam aktivis Siti Kassim turut menemani mereka.
Sabrina sebelum ini lantang mengkritik penggondolan kawasan hutan, dan turut sama dengan masyarakat Orang Asli di Kelantan yang membantah pihak pihak berkuasa negeri membenarkan aktiviti pembalakan di tanah mereka. #sumber
Aktivis Anti-Pembalakan Di Tahan Polis, Selepas Kiriman Facebook
Sekianlah artikel Aktivis Anti-Pembalakan Di Tahan Polis, Selepas Kiriman Facebook kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Aktivis Anti-Pembalakan Di Tahan Polis, Selepas Kiriman Facebook linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/aktivis-anti-pembalakan-di-tahan-polis.html
0 Response to "Aktivis Anti-Pembalakan Di Tahan Polis, Selepas Kiriman Facebook"
Posting Komentar