169 kakitangan khusus untuk PM terlalu ramai, agih ke kementerian lain

169 kakitangan khusus untuk PM terlalu ramai, agih ke kementerian lain - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 169 kakitangan khusus untuk PM terlalu ramai, agih ke kementerian lain, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 169 kakitangan khusus untuk PM terlalu ramai, agih ke kementerian lain
link : 169 kakitangan khusus untuk PM terlalu ramai, agih ke kementerian lain

Baca juga


169 kakitangan khusus untuk PM terlalu ramai, agih ke kementerian lain

Oleh HUSEIN MAHAT | Foto WAN ZAHARI SALLEH
 
 
Rafizi bersama Abdullah Sani pada sidang media petang tadi.Rafizi bersama Abdullah Sani pada sidang media petang tadi.


Perdana Menteri perlu mengurangkan jumlah kakitangan kerajaan yang berkhidmat secara khusus dengan dirinya yang berjumlah 169 orang bersesuaian dengan langkah jimat cermat yang diumumkan beliau.

Malah jumlah kakitangan seramai 169 orang itu secara relatifnya amat besar berbanding jumlah keseluruhan kakitangan White House yang berkhidmat untuk Presiden Amerika Syarikat seramai 475 orang.
"Daripada 169 kakitangan kerajaan yang berkhidmat untuk Datuk Seri Najib Razak, tiga orang ialah tukang masak, seorang ketua pelayan, empat pegawai perkhidmatan pelanggan dan hampir 20 orang pembantu am yang bertugas di kediaman rasmi beliau dan isteri," dedah Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli.
Menurut Rafizi, dalam keadaan kerajaan telah memotong pelbagai peruntukan, Jabatan Perdana Menteri sering menjadi tumpuan kerana peruntukan di bawah pentadbiran Najib kekal tinggi berbanding kementerian-kementerian lain seperti Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan.

Malah tambah Naib Presiden PKR itu, banyak tumpuan diberikan kepada peruntukan projek yang dimasukkan di bawah senarai Perdana Menteri.

"Apa yang tidak mendapat perhatian rakyat sebelum ini ialah belanja penggajian setiap tahun untuk kesemua kakitangan peribadi di pejabat Perdana Menteri yang bertanggungjawab terus kepada hal ehwal Perdana Menteri, bukannya jabatan-jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri," ujarnya.

Dalam sidang media di pejabat Invoke Space, Sungai Besi, petang tadi, Rafizi turut menyenaraikan kakitangan yang bertugas khusus untuk pejabat Perdana Menteri dan kediaman Perdana Menteri.
Hadir sama pada sidang media itu Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid.

"Pada jumlah 169 orang, ini bermakna Datuk Seri Najib menggunakan satu pertiga jumlah kakitangan White House yang berkhidmat khusus kepada beliau sedangkan skop dan kerumitan pentadbiran Amerika Syarikat adalah beratus kali ganda lebih rumit dari Perdana Menteri Malaysia," tegasnya.

"Sebab itu saya menyeru Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah menunjukkan teladan yang baik dengan menyusun kembali organisasi pejabat dan kediaman mereka yang dibayar dengan wang rakyat, agar tenaga kakitangan sedia ada disalurkan kepada jabatan-jabatan lain yang lebih berurusan dengan rakyat.

Rafizi turut menyeru Najib mengumumkan sendiri bentuk penimatan kos yang dibuat oleh beliau di pejabat dan kediaman rasmi beliau supaya ia mampu mengarahkan ketua-ketua jabatan lain mengurangkan belanja.



169 kakitangan khusus untuk PM terlalu ramai, agih ke kementerian lain

Sekianlah artikel 169 kakitangan khusus untuk PM terlalu ramai, agih ke kementerian lain kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca 169 kakitangan khusus untuk PM terlalu ramai, agih ke kementerian lain linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/12/169-kakitangan-khusus-untuk-pm-terlalu.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "169 kakitangan khusus untuk PM terlalu ramai, agih ke kementerian lain"

Posting Komentar