Zahid: "Himpunan 4 Disember" Tanda Prihatin Terhadap Nasib Rohingya

Zahid: "Himpunan 4 Disember" Tanda Prihatin Terhadap Nasib Rohingya - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zahid: "Himpunan 4 Disember" Tanda Prihatin Terhadap Nasib Rohingya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zahid: "Himpunan 4 Disember" Tanda Prihatin Terhadap Nasib Rohingya
link : Zahid: "Himpunan 4 Disember" Tanda Prihatin Terhadap Nasib Rohingya

Baca juga


Zahid: "Himpunan 4 Disember" Tanda Prihatin Terhadap Nasib Rohingya


KUALA LUMPUR: Satu perhimpunan besar-besaran dirancang diadakan 4 Disember depan bagi menzahirkan keprihatinan masyarakat Malaysia berhubung isu Rohingya, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 
Beliau berkata, perhimpunan akan dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta pemimpin lain seperti Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 
Ahmad Zahid menggesa pemimpin parti lain seperti PKR dan Amanah supaya menyertai perhimpunan itu yang lokasinya akan ditetapkan kelak. 
"Kita ketepikan perbezaan politik dan sebagai umat Islam kita berkumpul bersama-sama bagi menzahirkan rasa keprihatinan terhadap saudara Islam kita di Myanmar," katanya. 
Beliau berucap merasmikan majlis Malam Jalinan Kasih Suluh Budiman anjuran Persatuan Alumni Suluh Budiman Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini, Sabtu malam.
Ahmad Zahid berkata, dalam isu Rohingya, Malaysia telah melakukan tindakan melebihi negara lain termasuk memberi anak-anak etnik Rohingya yang lahir di negara ini rekod kelahiran supaya mereka boleh menjalankan kegiatan menimba ilmu mengikut keperluan mereka. 
"Tidak memperkecilkan negara lain, kita telah perlihatkan keprihatinan yang mendalam terhadap isu Rohingya ini kerana sebagai umat Islam kita akan rasa seperti cubit peha kiri peha kanan (turut) terasa, apatah lagi jika mereka ditimpa kesusahan," katanya. 
Beliau turut menggesa masyarakat Malaysia menyumbang kepada tabung bagi membantu masyarakat Rohingya yang dianiaya.  
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, Malaysia akan menghantar nota bantahan kepada kerajaan Myanmar bagi menuntut keprihatinannya berhubung dakwaan penindasan terhadap masyarakat Rohingya di wilayah Rakhine.  
"Mesyuarat kabinet telah buat keputusan nota bantahan akan dihantar kepada kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur. 
"Menurut piagam yang ada memang kita tidak boleh mencampuri urusan dalaman negara lain, tetapi kita mahu beritahu bahawa rakyat Malaysia mahu kerajaan Myanmar mengambil langkah prihatin terhadap rakyat Rohingya di Myanmar," katanya. 
Mengenai desakan penarikan semula Hadiah Nobel Keamanan kepada ikon demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi, Ahmad Zahid berkata, ia akan dibincangkan pada pertemuan 4 Disember ini.
"Jika seseorang yang dianugerah hadiah itu tidak lagi boleh mengekalkan keamanan, ia (pemberian) masih boleh dipertikaikan," kata beliau.  #sumber


Zahid: "Himpunan 4 Disember" Tanda Prihatin Terhadap Nasib Rohingya

Sekianlah artikel Zahid: "Himpunan 4 Disember" Tanda Prihatin Terhadap Nasib Rohingya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Zahid: "Himpunan 4 Disember" Tanda Prihatin Terhadap Nasib Rohingya linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/zahid-himpunan-4-disember-tanda.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Zahid: "Himpunan 4 Disember" Tanda Prihatin Terhadap Nasib Rohingya"

Posting Komentar