Judul : Siasatan Akta Hasutan: Zunar Di Bebaskan Selepas Reman Sehari
link : Siasatan Akta Hasutan: Zunar Di Bebaskan Selepas Reman Sehari
Siasatan Akta Hasutan: Zunar Di Bebaskan Selepas Reman Sehari
GEORGER TOWN: Kartunis Zunar akan dibebaskan pada pukul 6 petang Ahad selepas direman selama sehari.
Peguam yang mewakili Zunar, R.S.N. Rayer berkata, Zunar sepatutnya dibebaskan dengan jaminan polis dan masih belum didakwa di mahkamah.
Kartunis berusia 52 tahun itu dengan nama sebenar Zulkiflee SM Anwarul Haque ditahan di bawah Akta Hasutan pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid dalam satu kenyataan berkata, Mahkamah Majistret membenarkan reman sehari terhadap kartunis itu.
Jumaat lalu, Zunar mengadakan pameran di KOMTAR dengan poster yang memberi gambaran negatif terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Poster-poster itu kemudiannya diturunkan beberapa jam selepas pameran bermula. #sumber
Siasatan Akta Hasutan: Zunar Di Bebaskan Selepas Reman Sehari
Sekianlah artikel Siasatan Akta Hasutan: Zunar Di Bebaskan Selepas Reman Sehari kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Siasatan Akta Hasutan: Zunar Di Bebaskan Selepas Reman Sehari linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/siasatan-akta-hasutan-zunar-di-bebaskan.html
0 Response to "Siasatan Akta Hasutan: Zunar Di Bebaskan Selepas Reman Sehari"
Posting Komentar