Video: Realiti disebalik kekecohan isu harga minyak masak – Shahrir

Video: Realiti disebalik kekecohan isu harga minyak masak – Shahrir - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Video: Realiti disebalik kekecohan isu harga minyak masak – Shahrir, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Video: Realiti disebalik kekecohan isu harga minyak masak – Shahrir
link : Video: Realiti disebalik kekecohan isu harga minyak masak – Shahrir

Baca juga


Video: Realiti disebalik kekecohan isu harga minyak masak – Shahrir

Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata rakyat di negara ini sebenarnya mempunyai kemampuan untuk membeli minyak masak pada harga semasa namun rakyat sering dibudayakan dengan ‘panic buying’.

Menurut Shahrir tindakan tersebut digelar sebagai usaha ‘memfakirkan’ minda rakyat seolah-olah rakyat di negara ini miskin.

“Semua rakyat Malaysia perlu tahu ada usaha ini, padahal kemampuan membeli lebih jika dibandingkan 10 tahun lalu kerana kita telah menambah kemampuan tersebut.

“Usaha ini berjalan melalui media sosial dan saya harap lebih berwaspada, ini satu hasutan kalau kita nak menggalakkan orang itu fakir dan miskin ia merupakan usaha yang buruk dan merupakan hasutan,” kata Shahrir.

Beliau berkata demikian ketika sesi temubual bersama RTM dan BNBBC.my portal di Parlimen pada Rabu mengenai realiti disebalik kekecohan harga minyak naik.

Menurut Shahrir yang juga Ahli Parlimen Johor Bharu, tindakan kerajaan mengekalkan subsidi kepada minyak masak 1 kilogram adalah bertujuan membantu golongan sasar.

Malah golongan B40 juga telah dibantu melalui pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM).

“Kita sudah sampai tahap dimana kemampuan membeli dan membayar ikut pasaran. Bagi golongan B40 daripada nilai RM1,200 BRIM sudah terkandung subsidi yang pernah diberikan seperti petrol, gula, GST dan minyak masak.

“Kalau kita lihat keperluan sebenar subsidi yang mereka terima dalam RM150. Daripada RM1,200 itu maka subsidi itu telah dimasukkan,” katanya.

Shahrir bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) juga berkata jika dibandingkan dengan negara Indonesia selaku pengeluar minyak sawit nombor satu dunia, harga ditawarkan Malaysia masih rendah.

“Yang dihujahkan adalah kita negara pengeluar harga minyak sawit sebab itu patut harga murah. Ini logik yang tak boleh diterima. Pengeluar minyak sawit terbesar adalah Indonesia, Malaysia nombor dua.

“Indonesia bagi 1 liter RM3.84 hingga RM4.73 dan tidak bersubsidi. Satu kilo minyak (RM2.50) yang dijual di Malaysia melebihi 1 liter daripada Indonesia. Mereka pengeluar terbesar tetapi tiada subsidi,” katanya.

Kepada perniaga pula beliau menasihatkan supaya tidak menyorokkan minyak masak kerana tiada keperluan berbuat demikian memandangkan harga minyak tidak akan dinaikkan.

Berikut video temubual mengenai isu minyak masak bersama Shahrir.


Video: Realiti disebalik kekecohan isu harga minyak masak – Shahrir

Sekianlah artikel Video: Realiti disebalik kekecohan isu harga minyak masak – Shahrir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Video: Realiti disebalik kekecohan isu harga minyak masak – Shahrir linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/video-realiti-disebalik-kekecohan-isu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Video: Realiti disebalik kekecohan isu harga minyak masak – Shahrir"

Posting Komentar