Judul : Tun Mahathir: Nazri Mungkir Janji, "SOSMA" Akhirnya Di Guna Untuk Politik
link : Tun Mahathir: Nazri Mungkir Janji, "SOSMA" Akhirnya Di Guna Untuk Politik
Tun Mahathir: Nazri Mungkir Janji, "SOSMA" Akhirnya Di Guna Untuk Politik
PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengingatkan Datuk Seri Nazri Aziz bagaimana bekas menteri undang-undang pernah berjanji yang Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) tidak akan digunakan untuk kegunaan politik.
Bekas perdana menteri itu berkata, penahanan Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah di bawah akta itu hanya kerana mengadakan himpunan aman, ialah pengkhianatan Nazri terhadap janjinya itu.
“Nazri (di Dewan Rakyat) berkata Sosma diperlukan untuk melindungi negara daripada pengganas.
“Dia juga kata bapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (Tun Abdul Razak Hussein), memberi jaminan undang-undang direka bagi tujuan seumpama itu tidak akan digunakan untuk menghentikan mereka yang berbeza pandangan dengan kerajaan, daripada meluahkan pendapat mereka.
“Tetapi dia kata ini gagal kerana jaminan itu tidak dirasmikan oleh undang-undang. Itu sebabnya dia dakwa untuk Sosma, peruntukan itu boleh dikanunkan,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.
Dr Mahathir berkata memandangkan peruntukan itu ada dalam akta, nampaknya kerajaan Najib dan “penyokongnya” Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mentafsir sendiri undang-undang ikut kesesuaian mereka.
Katanya, keadaan itu amat malang bagi negara di mana individu tidak bersalah seperti Maria, mungkin akan meringkuk dalam penjara bertahun lamanya hanya kerana ada pendirian politik berbeza dengan kerajaan.
“Di bawah Sosma, polis boleh menggunakan kuasa mereka untuk menangkap dan menahan individu yang mereka percaya jadi ancaman kepada keselamatan negara.
“Tapi bagaimana Maria boleh jadi ancaman kepada keselamatan negara? Malah ketika menganjurkan Bersih 5, di mana hampir 100,000 orang datang, tidak ada bukti keselamatan negara terancam.
“Tetapi malangnya di bawah Sosma, jika mahkamah tidak mendapati Maria bersalah sekalipun, jika peguam negara failkan rayuan, dia akan kekal dalam tahanan. Ini undang-undang di bawah Najib.
“Jika orang itu tidak bersalah sekalipun, dia boleh ditahan bertahun lamanya kerana kita semua tahu, proses rayuan mengambil masa lama,” katanya.
Dr Mahathir berkata beliau sangat simpati kepada Maria, yang hanya mendesak untuk mendapatkan kerajaan lebih baik, tetapi akhirnya terpaksa duduk di penjara.
Sehubungan itu, katanya kerajaan perlu mengambil tindakan terbaik dengan melepaskan Maria.
Maria, sebagai penganjur himpunan Bersih 5 ditahan pada Jumaat. Di bawah undang-undang itu polis boleh menahannya hingga 28 hari dan tanpa peguam selama dua hari. #sumber
Tun Mahathir: Nazri Mungkir Janji, "SOSMA" Akhirnya Di Guna Untuk Politik
Sekianlah artikel Tun Mahathir: Nazri Mungkir Janji, "SOSMA" Akhirnya Di Guna Untuk Politik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Tun Mahathir: Nazri Mungkir Janji, "SOSMA" Akhirnya Di Guna Untuk Politik linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/tun-mahathir-nazri-mungkir-janji-sosma.html
0 Response to "Tun Mahathir: Nazri Mungkir Janji, "SOSMA" Akhirnya Di Guna Untuk Politik"
Posting Komentar