Tidak Perlu Isytihar Harta, Zuraida Pertahankan Ketua AMK Ampang !

Tidak Perlu Isytihar Harta, Zuraida Pertahankan Ketua AMK Ampang ! - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tidak Perlu Isytihar Harta, Zuraida Pertahankan Ketua AMK Ampang !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tidak Perlu Isytihar Harta, Zuraida Pertahankan Ketua AMK Ampang !
link : Tidak Perlu Isytihar Harta, Zuraida Pertahankan Ketua AMK Ampang !

Baca juga


Tidak Perlu Isytihar Harta, Zuraida Pertahankan Ketua AMK Ampang !

PETALING JAYA: PKR mula dilihat bercanggah pendapat sesama sendiri apabila diminta memberi reaksi berhubung kekayaan luar biasa yang dimiliki Datuk Adam Rosly.
Percanggahan itu berlaku apabila ada di antara pimpinan PKR bersetuju sekiranya Adam diminta mengisytihar semua hartanya sebagaimana saranan Naib Presiden, Rafizi Ramli.
Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata gesaan Rafizi itu disifatkan sebagai tidak logik.
“Jawatan Adam hanya sebagai ketua pemuda PKR Ampang yang dipilih, bukannya pegawai khas saya.
“Dan beliau bukan kakitangan awam atau ada jawatan dalam Ahli Majlis. Yang nak suruh beliau isytihar (harta) kenapa?” katanya.
Nada yang sama juga disuarakan Timbalan Ketua Pemuda PKR, Dr Afif Bahardin.
Beliau tidak melihat wujudnya keperluan bagi Adam berbuat demikian kerana bukan penjawat awam.
Bagaimanapun, Zuraida yang juga ahli Parlimen Ampang berkata bersedia memberi kerjasama dengan mana-mana pihak sekiranya mahu menyiasat Adam.
“Adam pun sudah menyatakan pendiriannya. Buat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Kalau nak periksa dengan saya pun tak apa,” katanya.
Semalam, Jamal yang juga ketua Umno Bahagian Sungai Besar membawa beberapa wartawan menaiki helikopter untuk menunjukkan banglo mewah milik Adam di Ampang.
Jamal mendakwa pemuda berusia 28 tahun itu turut memiliki pelbagai kereta mewah, walaupun baru sepenggal memegang jawatan dalam PKR.
Adam bagaimanapun berkata, memiliki harta kekayaan dan gelaran “Datuk” pada usia muda bukanlah sesuatu yang aneh dan mencabar Jamal membuat laporan kepada SPRM.
Pada masa sama, Ketua Umno Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo memaklumkan semalam yang beliau sudah membuat laporan kepada SPRM. #sumber


Tidak Perlu Isytihar Harta, Zuraida Pertahankan Ketua AMK Ampang !

Sekianlah artikel Tidak Perlu Isytihar Harta, Zuraida Pertahankan Ketua AMK Ampang ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Tidak Perlu Isytihar Harta, Zuraida Pertahankan Ketua AMK Ampang ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/tidak-perlu-isytihar-harta-zuraida.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tidak Perlu Isytihar Harta, Zuraida Pertahankan Ketua AMK Ampang !"

Posting Komentar