Judul : Siswa perlu elak politik kebencian - MB Perak
link : Siswa perlu elak politik kebencian - MB Perak
Siswa perlu elak politik kebencian - MB Perak
Menteri Besar Perak meminta warga siswa di semua pusat pengajian tinggi di negara ini khusus di negeri ini agar menolak politik kebencian yang cuba disemai pihak tertentu.Beliau percaya sebagai pelajar IPT, golongan muda ini mampu menyaring fitnah dan fakta bagi membolehkan mereka bersifat pro afktif dalam menghadapi kehidupan yang mencabar sepanjang bergelar siswas atau sewaktu berkerja nanti.
Dalam konteks sama Datuk Seri Dr.Zambry Abd Kadir mahu warga muda IPT ini mengelak diri mereka daripada terjebak dalam perkara yang menggalakkan politik kebencian.
Beliau berkata sentimen sedemikian tidak sepatutnya dibiarkan berleluasa kerana ia hanya akan menyemai perasaan memusuhi dan benci membenci.
Mahasiswa juga katanya perlu membuang sikap berpandangan negatif terhadap kesemua perkara yang berlaku di sekeliling mereka kerana ia tidak akan membawa apa-apa kebaikan.
Beliau meminta mereka bertanggangungjawab menyemai perasaan berkasih sayang antara satu sama lain bagi menggalakkan sikap saling hormat menghormati.
Dengan amalan begini, Menteri Besar yang juga ADUN Pangkor itu percaya perpaduan dapat diperkasakan lantas mewujudkan suasana harmoni.
Dr.Zambry berucap di hadapan 1,000 mahasiswa semasa merasmi majlis penutup Kem Mahasiswa Generasi Y Negeri Perak di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim pada Ahad.
Katanya “Jangan tanam kebencian dalam jiwa sesama kita kerana kita perlu membina sebuah negara di mana rakyat pelbagai kaum saling hormat-menghormati dan berkasih sayang.
Jangan anggap setiap perkara itu negatif, semuanya ini bergantung kepada minda, sekiranya kita sudah letakkan semua negatif, maka segala-galanya akan jadi negative.”
Menteri Besar juga meminta mahasiswa mengambil iktibar peristiwa kehancuran yang berlaku di negara luar disebabkan perpecahan di kalangan rakyatnya selain tiada semangat saling hormat-menghormati akibat rasa kebencian dan curiga dalam jiwa mereka.
“Politik kebencian ini boleh menggugat dan meruntuhkan sebuah kerajaan,” katanya.
Justeru tambah beliau, keamanan dalam negara perlu dikekalkan agar ia terus maju di mana rakyatnya dapat terus hidup dalam suasana aman dan sejahtera.
Mengenai subjek sama, beliau menekankan soal pentingnya pendidikan dalam melahirkan insan yang berilmu sekaligus dapat membantu membangunkan negeri ini.
Katanya, dalam isu pendidikan ia bukan melibatkan kepentingan satu satu kaum tetapi semua kaum termasuk kaum Melayu, Cina, India, Sikh dan Orang Asli. Katanya, beliau telah mengambil seramai 132 anak angkat daripada agama dan kaum.
Siswa perlu elak politik kebencian - MB Perak
Sekianlah artikel Siswa perlu elak politik kebencian - MB Perak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Siswa perlu elak politik kebencian - MB Perak linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/siswa-perlu-elak-politik-kebencian-mb.html
0 Response to "Siswa perlu elak politik kebencian - MB Perak"
Posting Komentar