Judul : Rafizi perlu dipenjara lebih awal, sebagai pengajaran tabur fitnah
link : Rafizi perlu dipenjara lebih awal, sebagai pengajaran tabur fitnah
Rafizi perlu dipenjara lebih awal, sebagai pengajaran tabur fitnah
Umum mengetahui tindakan Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli yang kerap menabur pembohongan adalah tidak menjadi satu perkara pelik jika pembohongan itu turut dilakukan dalam isu pembentangan RUU Akta 355 oleh PAS di Dewan Rakyat.Menurut Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, sebaiknya ahli parlimen tersebut patut dihukum penjara dengan lebih awal supaya dapat memberi kesedaran kepadanya atas setiap penipuan yang dilakukan kepada rakyat.
“Kerja Rafizi ni dari dulu lagi, tabur penipuan dan pesongkan fikiran rakyat tentang apa saja kerajaan nak buat.
“Dah perangai macam tu, memang sesuai lah dia berehat di penjara seketika supaya insaf dan berubah,” katanya.
Terdahulu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan dakwaan Rafizi bahawa penangguhan penjelasan RUU Akta 355 ada kaitan dengan UMNO.
Hadi berkata penangguhan itu terpaksa dibuat memandangkan masih ramai yang tidak faham dan ragu-ragu dengan RUU untuk perkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah itu.
Namun perkara itu telah diputar belit oleh Rafizi baru-baru ini dengan mendakwa terdapat muslihat antara PAS dan UMNO mengenai RUU itu.
“Apa yang di katakan oleh Presiden PAS tu betullah, supaya semua lebih sedia dan faham dan setetusnya boleh buat tindakan yang waras dan betul.
“Tapi orang Islam kita yang terpekik lebih, mungkin sebab Rafizi sengaja nak lagakan antara UMNO dan PAS supaya perpaduan tidak menjadi dan kerajaan nampak lemah,” tambahnya.
Terdahulu, RUU Persendirian pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) diputuskan akan dibentang pada persidangan Dewan Rakyat Mac tahun depan.
Keputusan itu dibuat oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia setelah Abdul Hadi membentangkan RUU tersebut untuk bacaan kali kedua di Parlimen.
Namun perkara itu menimbulkan ketidakpuasan hati daripada beberapa ahli parlimen pembangkang termasuk Rafizi sehingga ada yang meminta ia dibahaskan pada hari terakhir Parlimen juga.
Rafizi perlu dipenjara lebih awal, sebagai pengajaran tabur fitnah
Sekianlah artikel Rafizi perlu dipenjara lebih awal, sebagai pengajaran tabur fitnah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Rafizi perlu dipenjara lebih awal, sebagai pengajaran tabur fitnah linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/rafizi-perlu-dipenjara-lebih-awal.html
0 Response to "Rafizi perlu dipenjara lebih awal, sebagai pengajaran tabur fitnah"
Posting Komentar