Judul : Siapakah Itu!!!!! Ahli PAS sertai BERSIH 5 akan diambil tindakan
link : Siapakah Itu!!!!! Ahli PAS sertai BERSIH 5 akan diambil tindakan
Siapakah Itu!!!!! Ahli PAS sertai BERSIH 5 akan diambil tindakan
PAS akan mengambil tindakan terhadap anggota parti yang didapati menyertai perhimpunan Bersih 5.0 di Kuala Lumpur pada Sabtu lalu, kata Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang.Beliau berkata jika menerima aduan dan terbukti, anggota parti yang berkenaan akan dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin parti untuk tindakan.
“Jika ada aduan… parti tidak boleh bertindak sekiranya tiada aduan.
“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada anggota dan penyokong PAS yang akur keputusan parti dengan tidak hadir ke perhimpunan tersebut,” katanya kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman pada Isnin.
Beliau juga mengulangi pendirian tegas PAS untuk menolak sebarang percubaan mana-mana pihak yang cuba mencetuskan sesuatu di luar sistem demokrasi.
“Kita tidak mahu (dalam) demonstrasi ini berlaku pertembungan yang merugikan rakyat. Ini sangat penting dan perlu diawasi,” katanya.
Dalam pada itu, salah seorang Ahli Parlimen PAS, Datuk Mahfuz Omar yang turut menghadiri himpunan BERSIH 5 mengatakan tidak ada kesalahan yang dilakukannya apabila ditanya mengenai tindakan yang bakal diambil terhadapnya.
“Saya tidak melakukan apa-apa kesalahan,” katanya.
Siapakah Itu!!!!! Ahli PAS sertai BERSIH 5 akan diambil tindakan
Sekianlah artikel Siapakah Itu!!!!! Ahli PAS sertai BERSIH 5 akan diambil tindakan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Siapakah Itu!!!!! Ahli PAS sertai BERSIH 5 akan diambil tindakan linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/siapakah-itu-ahli-pas-sertai-bersih-5.html
0 Response to "Siapakah Itu!!!!! Ahli PAS sertai BERSIH 5 akan diambil tindakan"
Posting Komentar