Serangan Pembangkang Ke Atas ECRL Ada Agenda Tersembunyi

Serangan Pembangkang Ke Atas ECRL Ada Agenda Tersembunyi - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Serangan Pembangkang Ke Atas ECRL Ada Agenda Tersembunyi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Serangan Pembangkang Ke Atas ECRL Ada Agenda Tersembunyi
link : Serangan Pembangkang Ke Atas ECRL Ada Agenda Tersembunyi

Baca juga


Serangan Pembangkang Ke Atas ECRL Ada Agenda Tersembunyi

KUALA LUMPUR: Serangan Pakatan Harapan yang berterusan ke atas projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) berdasarkan alasan-alasan yang remah dan perbandingan tidak masuk akal sebenarnya mempunyai agenda tersembunyi untuk menggagalkan usaha kerajaan mengimbangi pembangunan dengan wilayah-wilayah pantai timur.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, pembangkang terus-menerus menggunapakai apa-apa alasan yang mereka fikirkan perlu untuk menimbulkan keraguan tentang projek ini, tidak kira sama ada alasan itu benar mahupun sebaliknya.

Beliau merujuk kepada kenyataan bersama tiga anggota Parlimen Pakatan iaitu Rafizi Ramli (PKR-Pandan); Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) dan Dr Mohd Hatta Md Ramli (Amanah-Kuala Krai) berhubung perkara itu pada Jumaat.

"Ketiga-tiga mereka berkata saya tidak sepatutnya membandingkan kos projek kereta api luar negara dengan kos ECRL yang menurut mereka bernilai RM91.7 juta setiap kilometer. Saya sepatutnya membandingkan kos ECRL dengan kos projek landasan berkembar Ipoh-Padang Besar dan Gemas-Johor Bahru sepanjang 179 kilometer yang menurut mereka, masing-masing bernilai RM44 juta dan RM39.8 juta setiap kilometer.

"Ini membuatkan saya menyoal keterdesakan tiga anggota parlimen yang kononnya kompeten sehingga membandingkan kos projek landasan berkembar dengan projek kereta api baharu (greenfield)," katanya dalam satu kenyataan di sini, Sabtu.

Beliau berkata, projek landasan berkembar Ipoh-Padang Besar dan Gemas-Johor Bahru melibatkan kerja-kerja elektrifikasi dan pemasangan landasan selari menggantikan landasan tunggal sedia ada di sepanjang muka bumi yang kurang mencabar dan kurang memerlukan pembinaan terowong dan jambatan.

Beliau menambah, ECRL ialah projek kereta api baharu yang akan menembusi Banjaran Titiwangsa yang mencabar dan memerlukan sekurang-kurangnya pelbagai jambatan sepanjang 110 km, pelbagai terowong sepanjang 50 km, stesen-stesen baharu, depot, sistem-sistem isyarat dan infrastruktur sokongan.

Abdul Rahman berkata, ECRL turut mempunyai laluan baharu sepanjang 88 km yang akan menghubungkan kawasan Gombak yang berkepadatan penduduk dengan Pelabuhan Klang melibatkan penambahan kos yang tinggi.

"Seperti yang saya katakan, semua projek infrastruktur tidak boleh dibandingkan secara langsung. Sekiranya kita mengambil pendekatan ini, maka projek-projek infrastruktur pengangkutan lain yang dijalankan oleh kerajaan Pakatan Harapan juga boleh dipersoalkan.

"Sebagai contoh, jawapan kerajaan negeri Pulau Pinang diketuai DAP pada Jun lalu mengenai kos projek Terowong dasar Laut Pulau Pinang mengesahkan bahawa kos laporan kebolehlaksanaan dan rekabentuk sahaja mencecah RM10.3 juta setiap kilometer bagi jalan berpasangan dan RM13.2 juta setiap kilometer untuk terowong sepanjang 7.2 km - berjumlah RM305 juta yang kerajaan Pulau Pinang menegaskan bahawa jumlah itu adalah munasabah dan berada dalam had," kata beliau.

Semasa membentangkan Bajet 2017, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa projek ECRL akan dilaksanakan mengikut fasa-fasa melibatkan laluan dari Pelabuhan Klang, Terminal Pengangkutan Bersepadu (ITT) Gombak, Bentong, Mentakab, Kuantan, Kemaman, Kerteh, Kuala Terengganu, Kota Baru dan akhir sekali, Tumpat. - Bernama


Serangan Pembangkang Ke Atas ECRL Ada Agenda Tersembunyi

Sekianlah artikel Serangan Pembangkang Ke Atas ECRL Ada Agenda Tersembunyi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Serangan Pembangkang Ke Atas ECRL Ada Agenda Tersembunyi linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/serangan-pembangkang-ke-atas-ecrl-ada.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Serangan Pembangkang Ke Atas ECRL Ada Agenda Tersembunyi"

Posting Komentar