Judul : Sebanyak RM997 Juta Hutang Peneroka Belum Di Bayar Kepada Felda
link : Sebanyak RM997 Juta Hutang Peneroka Belum Di Bayar Kepada Felda
Sebanyak RM997 Juta Hutang Peneroka Belum Di Bayar Kepada Felda
KUANTAN: Sejumlah RM997 juta hutang peneroka di negeri ini direkodkan masih belum dibayar kepada Felda, persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang diberitahu hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda Pahang, Datuk Abu Bakar Harun berkata hutang itu terdiri daripada dua kategori iaitu hutang untuk pembangunan sosio ekonomi dan pinjaman pembangunan kebun.
"Hutang bagi pembangunan sosio ekonomi adalah sebanyak RM558.1 juta manakala hutang bagi pinjaman pembangunan kebun pula sebanyak RM438.9 juta," katanya semasa menjawab soalan Datuk Mohamed Arifin Awang Ismail (BN-Chenor).
Mohamed Arifin ingin tahu jumlah tunggakan hutang peneroka yang masih belum dijelaskan kepada Felda di Pahang dan tindakan pihak Felda terhadap mereka.
Abu Bakar berkata, jumlah keseluruhan hutang berkenaan melibatkan warga Felda daripada 115 rancangan di tiga wilayah di negeri ini.
Kepada soalan lain Mohamed Arifin, beliau berkata, Felda tidak mengambil sebarang tindakan setakat ini bagi mendapatkan semula bayaran hutang peneroka yang sudah tidak lagi bersama Felda apabila menguruskan sendiri ladang mereka. #sumber
Sebanyak RM997 Juta Hutang Peneroka Belum Di Bayar Kepada Felda
Sekianlah artikel Sebanyak RM997 Juta Hutang Peneroka Belum Di Bayar Kepada Felda kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Sebanyak RM997 Juta Hutang Peneroka Belum Di Bayar Kepada Felda linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/sebanyak-rm997-juta-hutang-peneroka.html
0 Response to "Sebanyak RM997 Juta Hutang Peneroka Belum Di Bayar Kepada Felda"
Posting Komentar