Judul : Polis: Jumlah Rampasan Dadah Di Seluruh Negeri Pahang Meningkat
link : Polis: Jumlah Rampasan Dadah Di Seluruh Negeri Pahang Meningkat
Polis: Jumlah Rampasan Dadah Di Seluruh Negeri Pahang Meningkat
TEMERLOH: Jumlah rampasan dadah di Pahang menunjukkan peningkatan tahun ini dengan rampasan bernilai RM4.07 juta dari Januari hingga Oktober berbanding RM2.83 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang, Superintendan Lam Thiam Huat berkata, dadah jenis heroin mencatatkan rampasan terbesar dengan jumlah berat 18.1 kilogram diikuti ganja 4 kilogram dan syabu 6.6 kilogram.
Menurutnya, lain-lain dadah yang turut dirampas ialah ketamin, 15,787 biji pil yaba dan 14,300 pil eramin 5.
"Seramai 10,880 pesalah berkaitan dadah ditangkap dalam tempoh 10 bulan tahun ini berbanding seramai 9,771 pesalah sepanjang tahun lalu.
"Jumlah pengedar dadah yang ditangkap sehingga 10 bulan ini juga meningkat 21 peratus daripada 646 sepanjang tahun lalu kepada seramai 896 pengedar tahun ini," katanya pada sidang media selepas melupuskan barang kes rampasan dadah di Pertubuhan Pengurusan Pengebumian Hindu Daerah Temerloh di sini, hari ini.
Thiam Huat berkata, dadah yang dilupuskan itu adalah rampasan pelbagai jenis dadah bernilai RM1.4 juta dari 2000 hingga 2015 melibatkan rampasan dari daerah Kuantan, Temerloh, Maran, Pekan dan Rompin.
Beliau berkata, sebanyak 10.6 kilogram heroin, 5.7 kilogram ganja, 1.7 kilogram syabu, 165 gram ecstasy, 118 gram pil yaba dilupuskan dengan cara dibakar dalam insinerator pembakaran secara tertutup.
"Turut dilupuskan 417 gram pil psikotropik, 448 gram eramin 5, methadone 60 mililiter, 205 mililiter cecair kodein, 127,232 gram daun ketum dan 25.9 mililiter cecair ketum, " katanya.
Thiam Huat berkata, pelupusan itu dibuat bagi mengelakkan tempat penyimpanan sedia ada menjadi tidak tersusun dan kesemua barangan kes yang sudah selesai perbicaraan.
Menurutnya, peraturan ini perlu dilaksanakan selaras dengan prosedur operasi standard dalam penyiasatan kes-kes di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952. #sumber
Polis: Jumlah Rampasan Dadah Di Seluruh Negeri Pahang Meningkat
Sekianlah artikel Polis: Jumlah Rampasan Dadah Di Seluruh Negeri Pahang Meningkat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Polis: Jumlah Rampasan Dadah Di Seluruh Negeri Pahang Meningkat linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/polis-jumlah-rampasan-dadah-di-seluruh.html
0 Response to "Polis: Jumlah Rampasan Dadah Di Seluruh Negeri Pahang Meningkat"
Posting Komentar