Judul : Ringgit terus menjunam, bersedia M'sia?
link : Ringgit terus menjunam, bersedia M'sia?
Ringgit terus menjunam, bersedia M'sia?
MALAYSIAKINIProfesor ekonomi di Pusat Pengajian Perniagaan Sunway University Dr Yeah Kim Leng berkata, Malaysia perlu bersedia menghadapi ketidak stabilan pasaran kewangan yang meningkat.
Ini kerana peningkatan aliran keluar modal yang sejajar dengan jangkaan kenaikan kadar faedah AS selain prospek pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang bertambah baik, jelas beliau.
Kata beliau, jangkaan tersebut ekoran terdapat perubahan dalam jangkaan ekonomi AS selepas pemilihan Donald Trump sebagai Presiden AS ke-45.
"Ketidakstabilan yang meningkat dijangka berlaku di kebanyakan pasaran pesat membangun berikutan pelabur tidak pasti mengenai dasar-dasar AS apabila Trump mengambil alih jawatan Presiden.
"Bagaimanapun, ketidakstabilan itu berbeza di setiap negara. Seperti Malaysia, pelaburan asing dalam pasaran bon, terutamanya dalam sekuriti kerajaan, akan menyaksikan aliran keluar yang meningkat," katanya kepada Bernama, hari ini.
Yeah berkata ini juga akan menyebabkan ringgit lemah.
"Bagaimanapun, kami berpendapat ini hanya antara keadaan yang akan berlaku dalam pasaran kewangan Malaysia, seperti sebelum ini, kita dapat menghadapi aliran keluar ini.
"Apa yang diperlihatkan ringgit ialah pelabur Malaysia dan asing berusaha untuk melindung nilai pegangan mata wang mereka disebabkan permintaan yang meningkat terhadap dolar AS," kata Yeah.
Setakat jam 2 petang, ringgit disebut pada 4.3250 berbanding dolar AS, tidak berubah sejak dibuka hari ini.
Sementara itu, The Edge Markets melaporkan, ringgit berpotensi untuk menjunam ke paras RM4.80 bagi setiap dolar AS dalam tempoh terdekat ekorang jangkaan prestasi tidak menentu sehingga dasar-dasar pentadbiran baru AS dikenal pasti.
Penganalisis Pelaburan CIMB Investment Bank Bhd, Ivy Ng berkata, carta teknikal ringgit menunjukkan trend menurun untuk tempoh terdekat dan boleh berlegar-legar antara antara RM4.50 dan RM4.80 bagi setiap dolar AS dalam tempoh tiga hingga enam bulan akan datang.
Justeru, Ng menjangkakan, perniagaan Malaysia di luar negara akan meraih manfaat kerana lebih berdaya saing manakala syarikat yang mempunyai aset di luar negara juga akan menikmati lonjakan nilai.
Di sebalik ketidak tentuan nilai matawang tempatan, Gabenor Bank Negara Datuk Muhammad Ibrahim telah mengumumkan ringgit tidak akan ditambat walaupun turun naik sejak kebelakangan ini disebabkan persekitaran luar.
"Ringgit akan terus menghadapi turun naik, sebahagian besarnya berpunca daripada ketidaktentuan dalam persekitaran luar.
Nilai ringgit tidak patut ditentukan oleh kedudukan spekulasi," kata Muhammad pada sidang media selepas mengumumkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 4.3 peratus bagi suku ketiga tahun ini.
Ringgit terus menjunam, bersedia M'sia?
Sekianlah artikel Ringgit terus menjunam, bersedia M'sia? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Ringgit terus menjunam, bersedia M'sia? linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/ringgit-terus-menjunam-bersedia-msia.html
0 Response to "Ringgit terus menjunam, bersedia M'sia?"
Posting Komentar