Judul : Mahkamah Singapura diberitahu - Jho Low 'penasihat' 1MDB
link : Mahkamah Singapura diberitahu - Jho Low 'penasihat' 1MDB
Mahkamah Singapura diberitahu - Jho Low 'penasihat' 1MDB
MALAYSIAKINIMahkamah Singapura hari ini diberitahu bahawa ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang, Jho Low adalah ‘gatekeeper’ dan juga penasihat kepada 1MDB.
Bekas pegawai bank BSI, Yeo Jiawei memberi keterangan bahawa Jho Low membawa ‘urusan besar’ kepada BSI Bank (Singapore) Ltd dan urusan itu berkaitan dengan 1MDB.
Antara urusan itu membabitkan AS$100 juta daripada SRC International pada tahun 2011 manakala satu lagi melibatkan AS$2 bilion daripada Brazen Sky Ltd pada tahun 2012.
Kedua-dua firma berkenaan adalah anak syarikat 1MDB ketika masa kejadian. Sejak tahun 2012, Kementerian Kewangan diperbadanankan mengambil alih SRC International.
Yeo dibicarakan atas dakwaan mengganggu saksi dalam siasatan Singapura ke atas urus niaga berkaitan 1MDB. Antara lain, beliau dijadual dibicarakan pada April atas tuduhan pengubahan wang haram.
Urus niaga berkenaan diaturkan oleh Yak Chee Yew, seorang pengurus kanan di BSI Bank, yang kemudiannya memberi arahan kepada Yeo.
Minggu lalu, Yak mengaku bersalah atas tuduhan pemalsuan dan kegagalan melaporkan urus niaga mencurigakan. Yak dihukum penjara 18 minggu dan denda S$ 24,000 (RM72,850).
Sebahagian besar daripada jutaan wang yang diperolehi oleh Yak daripada transaksi berkaitan 1MDB juga dirampas
Mahkamah Singapura diberitahu - Jho Low 'penasihat' 1MDB
Sekianlah artikel Mahkamah Singapura diberitahu - Jho Low 'penasihat' 1MDB kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Mahkamah Singapura diberitahu - Jho Low 'penasihat' 1MDB linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/mahkamah-singapura-diberitahu-jho-low.html
0 Response to "Mahkamah Singapura diberitahu - Jho Low 'penasihat' 1MDB"
Posting Komentar