Pemimpin DAP 'muka tak tahu malu' - Pemuda PAS

Pemimpin DAP 'muka tak tahu malu' - Pemuda PAS - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pemimpin DAP 'muka tak tahu malu' - Pemuda PAS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pemimpin DAP 'muka tak tahu malu' - Pemuda PAS
link : Pemimpin DAP 'muka tak tahu malu' - Pemuda PAS

Baca juga


Pemimpin DAP 'muka tak tahu malu' - Pemuda PAS

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak, Mohd Akmal Kamaruddin  hairan dengan gelagat pemimpin DAP yang dengan ‘muka tidak malu’ terus menerus mengulas mengenai PAS sedangkan mereka sudah tiada kaitan dengan PAS.

“Setiap kali musim pilihan raya, ada sahaja ramalan yang dikeluarkan mereka, persis kejuaraan bola sepak Euro ada sotong Paul dalam Euro 2012, singa laut Watson dalam Euro 2016.

“Malangnya segala ramalan yang dikeluarkan DAP tidak setepat haiwan tersebut di Euro.

“Kita telah pun menyaksikan kegagalan analisis DAP dalam Pilihan raya Negeri Sarawak yang lalu. Apabila beberapa kerusi DAP telah hilang dalam PRN dan bagaimana sokongan pada parti PAS,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau mengulas analisis Pilihanraya Umum ke-14 (PRU 14) yang dikeluarkan Ketua Biro Ekonomi DAP Perak, Chong Ze Min baru-baru ini.

Beliau berkata, pakatan harapan cukup menyedari bahawa PAS semakin diterima masyarakat dengan pembawaan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS).

Bahkan, katanya, tindakan yang pakatan harapan punyai kini hanyalah melambung persepsi semata-mata, menakut-nakutkan penyokong dan meragukan pengundi.

Membidas tindakan kurang cermat pakatan harapan itu, beliau berkata, PAS bekerja bukan berdasarkan persepsi tetapi menterjemahkan dalam bentuk tindakan yang tersusun rapi.

“Bukti jelas PAS semakin diterima rakyat ialah pendaftaran ahli PAS yang saban bulan kian bertambah.

“Malahan kini, DHPP turut mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat Cina dan India yang memahami asas perjuangan yang dibawa oleh PAS.

“PAS bergerak selari dengan gelombang nadi rakyat. PAS mendahului semua pembangkang dalam isu-isu yang dibawa.

“Rakyat kini sudah muak dan bosan dengan cakap-cakap dan mainan politik sempit PH. Rakyat mahukan parti yang mengutamakan rakyat melebihi kepentingan peribadi,” katanya lagi.

Selain itu, Akmal turut mempersoalkan apa gunanya ramalan itu jika tiada kelihatan tindakan dari pihak pakatan harapan.

“Apa ertinya ramalan jika tiada tindakan. Apa erti kekuatan tanpa ahli yang ikhlas dalam berjuang.

“Inilah realiti PH yang tiada ahli akar umbi, hanya mampu bergerak ke sana sini dalam setiap program mereka dengan ahli yang sama di seluruh negeri Perak. Ini berbeza dengan PAS yang bergerak dengan ahli cawangan dan kawasan yang ikhlas dan istiqamah.

“Bersedia berkorban masa, harta dan tenaga demi sebuah kemenangan. Aqidah mereka pada janji Ilahi bukan pemimpin parti,” katanya.

Dalam masa yang sama, beliau turut mengingatkan kepada PKR dan Bersatu supaya berhati-hati dengan pakar ramalan temberang DAP.

Manakala PKR, Bersatu dan DAP pula diingatkan supaya berhati-hati dengan PAN kerana mereka sudah biasa mengkhianati parti.

“DPPN Perak juga bersedia menyahut cabaran picisan DAP Perak itu. Kita mempunyai strategi kita tersendiri.

“Kita tidak takut dengan serangan musuh. Bahkan kita bersedia pada bila-bila masa untuk menggalas beban rakyat dalam PRU akan datang,” katanya.


Pemimpin DAP 'muka tak tahu malu' - Pemuda PAS

Sekianlah artikel Pemimpin DAP 'muka tak tahu malu' - Pemuda PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Pemimpin DAP 'muka tak tahu malu' - Pemuda PAS linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/pemimpin-dap-muka-tak-tahu-malu-pemuda.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pemimpin DAP 'muka tak tahu malu' - Pemuda PAS"

Posting Komentar