Peguam Dr Mahathir Cabar SPRM Siasat Semula Derma RM2.6 Bilion

Peguam Dr Mahathir Cabar SPRM Siasat Semula Derma RM2.6 Bilion - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Peguam Dr Mahathir Cabar SPRM Siasat Semula Derma RM2.6 Bilion, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Peguam Dr Mahathir Cabar SPRM Siasat Semula Derma RM2.6 Bilion
link : Peguam Dr Mahathir Cabar SPRM Siasat Semula Derma RM2.6 Bilion

Baca juga


Peguam Dr Mahathir Cabar SPRM Siasat Semula Derma RM2.6 Bilion

PETALING JAYA: Peguam bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu mengotakan apa yang dikata dengan membuka semula siasatan ke atas sumbangan dan dana RM2.6 bilion yang didakwa diambil daripada SRC International.
Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad juga perlu mendapatkan sokongan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk mengumpul bukti daripada Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat dan Biro Penyiasatan Persekutuan berhubung sumbangan RM2.6 bilion yang kononnya daripada seorang putera Saudi.
“Adakah anda bersedia untuk menyahut cabaran ini dan membuktikan kenyataan baru-baru ini bukan retorik,” kata peguam itu yang disiarkan di laman Facebook beliau.
Haniff berkata demikian yang merujuk kepada Dzulkifli apabila baru-baru ini menggesa ahli-ahli politik dan pemimpin masyarakat yang “masih mabuk dan tenggelam dalam rasuah” menghentikan pengkhianatan dan salah guna kuasa.
Ucapan kontroversi Dzulkifli itu dibuat sempena 100 hari beliau memegang jawatan tetapi ahli Parlimen pembangkang, Ramkarpal Singh menolak dan menganggapnya sebagai cakap kosong.
Baru-baru ini, bekas peguam negara Tan Sri Abu Talib Othman berkata SPRM boleh mengemukakan semula kertas siasatan berhubung sumbangan RM2.6 bilion itu dan kes-kes SRC International berikutan kemunculan bukti baru di luar Malaysia.
Abu Talib berkata SPRM bertanggungjawab menyiasat jika terdapat jenayah yang dilakukan dan ia boleh menghantar semula kertas siasatan kepada pendakwa raya untuk pertimbangan beliau.
Beliau berkata demikian sebagai tindak balas kepada kemunculan bukti baru berikutan siasatan dijalankan pihak berkuasa di Amerika Syarikat dan Switzerland.
Pejabat Peguam Negara Switzerland berkata awal bulan ini yang siasatan bermula Ogos tahun lepas membongkar “skim Ponzi” didakwa pada 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Ia berkata, “Jumlah AS$800 juta (RM3.28 bilion) nampaknya disalahgunakan daripada pelaburan dalam sumber asli yang dibuat oleh SRC.”
SRC International kini adalah di bawah unit Kementerian Kewangan tetapi pada masa itu merupakan anak syarikat 1MDB.
Pada Julai, DoJ memfailkan tindakan undang-undang untuk merampas aset termasuk hartanah di Los Angeles dan New York, yang katanya dibeli dengan sebahagian AS$3.5 bilion (RM14.35 bilion) yang didakwa disalahgunakan daripada 1MDB.
Awal tahun ini, Apandi membersihkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada RM2.6 bilion yang terdapat dalam akaun bank, dan SRC International, berikutan siasatan oleh SPRM.
Apandi berkata Najib memulangkan RM2.03 bilion (AS$620 juta) kepada keluarga diraja Saudi pada Ogos tahun itu kerana ia tidak digunakan.
Apandi kemudian mengarahkan SPRM menutup kertas siasatan. #sumber


Peguam Dr Mahathir Cabar SPRM Siasat Semula Derma RM2.6 Bilion

Sekianlah artikel Peguam Dr Mahathir Cabar SPRM Siasat Semula Derma RM2.6 Bilion kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Peguam Dr Mahathir Cabar SPRM Siasat Semula Derma RM2.6 Bilion linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/peguam-dr-mahathir-cabar-sprm-siasat.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Peguam Dr Mahathir Cabar SPRM Siasat Semula Derma RM2.6 Bilion"

Posting Komentar